PBNP Tembak FAM: Tuduhan Itu Rekaan Seorang Pemain Naturalisasi Dapat Kerakyatan Malaysia

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) telah mengeluarkan kenyataan terkini berkaitan dengan isu Mohamadou Sumareh.

PBNP menyatakan bahawa mereka sangat kecewa dengan cara FAM mengendalikan kes Sumareh.

Sumareh sudah diumumkan sebagai pemain Police Tero โ€“ beraksi di Liga Thai.

Ini selepas pemain itu menyatakan beliau menamatkan kontraknya kerana tidak mendapat gajinya.

ย 

Berikut petikan kenyataan oleh PBNP menerusi Setiausaha Agung PBNP โ€“ Norlia Abdul Manaf berkenaan dengan isu Sumareh.

PBNP: Aduan Terhadap Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang telah membuat aduan kepada FAM namun pihak FAM tiada kecenderungan dan tidak menunjukkan minat untuk mencari penyelesaian kemelut ini.

FAM hanya memberi alasan untuk menunggu tindakan dari FIFA terlebih dahulu dan ini tidak boleh diterima oleh pihak PBNP kerana tidak berasas.

Pemain ini sebagaimana diketahui adalah seorang pemain tempatan dan kes ini melibatkan kawalan dan bidang kuasa FAM. Perkara ini juga telah disahkan oleh Setiausaha Agung AFC didalam satu kenyataan media beliau.

Sebagai badan induk bola sepak negara yang menaungi anggota gabungan seperti PBNP, FAM selayaknya membantu bagi penyelesaian kemelut ini agar keadilan dapat ditegakkan.

Telah banyak kes-kes pertikaian diantara pemain dan anggota gabungan yang telah FAM kendalikan di masa-masa yang lalu melalui Jawatankuasa Status Pemain atau Jawatankuasa Tatatertib FAM.

PBNP mempunyai asas yang kukuh beserta dokumen-dokumen yang sah bagi membuktikan PBNP di pihak yang benar. Semua tuduhan yang dibuat oleh pemain tersebut adalah patsu, rekaan dan satu cubaan manipulas1 oleh seorang pemain naturalisasi yang mendapat kerakyatan Malaysia.

Atas alasan-alasan tersebut dan diatas nama kebenaran, maka PBNP berhak membentangkan kes dengan selayaknya.

PBNP percaya pihak FAM dapat memberi perhatian yang serius dan segera terhadap perkara ini. Jika Pihak FAM masih tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan aduan ini, PBNP tidak teragak-agak untuk merujuk kes ini kepada lain-lain badan timbang tara atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan malah ke pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

ย 

Baca yang lain