PDRM: Jangan Terkejut Kalau Terpaksa Tidur Di Lokap

Dalam tempoh tujuh hari yang lalu polis telah menahan 110 orang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang ingkar serta tidak mempunyai alasan yang munasabah keluar dari rumah.

Beliau berkata polis juga telah mendapat lampu hijau untuk meningkatkan lagi piawaian pematuhan PKP. Ini bagi membendung penyebaran jangkitan Covid-19 dengan lebih giat lagi.

110 orang ditahan

Dalam masa tujuh hari pertama PKP, pihak polis telah menahan sejumlah 110 individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kami telah menangkap sejumlah 110 individu kerana melanggar PKP. Bagi mereka yang menganggap mereka kebal terhadap koronavirus terus berlagak, jangan terkejut jika korang mungkin akan bermalam di lokap.”

“Mereka yang ditangkap bukan sahaja tidak mematuhi perintah tetapi mereka telah mengutuk, mencabar dan mengancam pegawai yang menguatkuasakan perintah itu,” katanya pada program Selamat Pagi Malaysia RTM pagi semalam.

Hamid telah dijemput untuk menyertai pertunjukan sempena sambutan Hari Polis ke-213 hari ini.

Beliau berkata ada kejadian di mana pemandu-pemandu itu ditanya mengapa mereka keluar — dan jawapan mereka adalah untuk membeli makanan kerana lapar.

“Semasa sekatan jalan raya di Sungai Buloh semalam, seorang pemandu, ketika ditanya di mana mereka berasal, mereka berkata mereka dari Shah Alam.”

“Adakah perlu keluar dari Shah Alam sampai ke Sungai Buloh hanya semata-mata untuk membeli makanan?”

“Mereka tadi akhirnya diburu, saya tahu istilah ‘diburu’ mungkin kelihatan kurang sopan, tetapi ini adalah untuk memastikan mereka tidak mengambil kesempatan daripada keadaan semasa kali ini, “katanya.

Hamid berkata, pihaknya tidaklah perlu nak tahu kesemua alasan 32 juta rakyat Malaysia yang mahu keluar. Namun paling penting ketika ini adalah pemahaman setiap orang tentang situasi semasa.

Ini diikuti oleh tanggungjawab setiap orang untuk bekorban dan tidak mementingkan diri sendiri.

Kesedaran semakin meningkat

Namun beliau menyatakan kadar kepatuhan rakyat Malaysia ke atas PKP meningkat kepada 92 peratus pada masa ini. Jauh lebih tinggi berbanding 60 peratus pada hari pertama MCO.

Sebanyak lebih 234,646 kenderaan telah diperiksa dalam sekatan jalan raya dan pemeriksaan snap yang dilakukan sejak seminggu lalu.

“Pada masa ini kami mempunyai 42,000 anggota polis yang terlibat dalam MCO, kami akan menggunakan 18,000 lagi anggota pasukan jika perlu,” katanya.

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa PKP dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020. Ianya lanjutan 2 minggu lagi daripada tarikh sebelum ini.

Baca yang lain