PDRM Minta Rayhan Kemuka Bukti Di Atas Tuduhannya Bukannya Menyembunyikan Diri

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta seorang lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir untuk mengemukakan bukti di atas kenyataan dia kepada Al Jazeera.

Rayhan sebelum ini mengutuk Malaysia menerusi media Al Jazeera dan menuduh negara ini melayan teruk pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Jika benar pihak berkuasa melayan pendatang asing tanpa izin (Pati) seperti binatang, sila tampil,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Abdul Hamid juga menegaskan bahawa, pihak polis akan sentiasa melindungi mana mana individu yang memberikan kerjasama kepada polis.

“Saya hanya ingin dia jelaskan apa yang dimaksudkan pihak berkuasa melayan Pati seperti binatang.

“Seelok-eloknya dia tampil dan usah menghilangkan diri. Polis sudah mencari di tempat tinggalnya dengan bantuan rakannya,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, semalam.

PDRM turut memberikan peringatan agar setiap individu, tak kisahlah, warganegara ataupun warga asing, mereka harus berhati hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Kenapa keluarkan kenyataan tidak berasas, anda boleh cari makan di sini, untuk apa berkata demikian,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

ayhan yang beriya muncul dalam laporan 101 East Al Jazeera dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan palsu. Dalam video itu juga  Al Jazeera telah melemparkan banyak tuduhan tak berasas.

Dia turut mendakwa wujud diskriminasi dalam cara Malaysia mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing terutamasa sekali pendatang asing tanpa izin.

Malah paling gila, Rayhan menyatakan selama ini dia kagum dengan Malaysia dan kini berubah pendirian lalu mahu keluar dari negara ini. Hmmm….

Rayhan sudah berada di Malaysia 2014 menyatakan kesedihannya kerana kawannya ditangkap dan dia tak tahu sama ada rakannya itu diberikan makan atau tak.

Rayhan seterusnya menyatakan kawannya bukan penjenayah pun, cuma tak ada dokumen menetap di Malaysia yang sah. Dan Rayhan menyalahkan syarikat yang tidak memperbaharui visa rakannya.

Jabatan Imigresen Malaysia hari ini meminta kerjasama orang awam untuk menjejak Md Rayhan Kabir, berusia 25 tahun dan dikesan di alamat terakhir di Sirhan Legacy, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Ianya berkaitan dengan kenyataan yang dia buat di dalam temuramah dengan syarikat penyiaran Al Jazeera berkenaan.

Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

16 ZULKAEDAH 1441H / 07 JULAI 2020

ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama MD RAYHAN KABIR.

Nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun dan alamat terakhir beliau adalah SIRHAN LEGACY SDN BHD B-7-9 MENARA UNCANG EMAS, NO 85 JALAN LOKE YEW 55200, KUALA LUMPUR bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Rujukan: Metro

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.