Pecel Lele Kini Dilarang Di Kem B-19 Indonesia

Ketua Umum (KETUM) PSSI, Mochamad Iriawan melarang pemain Pasukan Nasional Indonesia U-19 daripada makan secara sembarangan.

Ini termasuk makanan goreng serta makanan popular di kalangan pemain iaitu pecel lele.

Iriawan juga meminta pemain pasukan kebangsaan B-19 agar mereka lebih berdisiplin dalam memakan makanan yang disediakan oleh staf dan bukannya membeli makanan di luar yang kesihatannya tidak terjamin untuk atlet.

Ketika ini kem B-19 Indonesia sangat rapi dan ketat. Dalam usaha mereka membentuk pemain pelapis yang berdisplin dan boleh memberikan saingan kepada pasukan lain.

“Saya harap anda berdisiplin dengan makanan yang disediakan. Jangan cuba keluar pada waktu malam untuk makan pecel lele. Makanan yang digoreng juga jangan,” kata Iriawan.

Makanan goreng dan pedas adalah makanan yang dilarang oleh jurulatih mereka iaitu Shin Tae Yong . Menu tersebut dianggap tidak baik untuk kecergasan atlet.

Jurulatih Korea Selatan tidak melarangnya sepenuhnya mereka daripada mengambilnya, tetapi pemain diminta untuk tidak terlalu banyak makan makanan goreng.

Terutama sekali makanan yang dimasak menggunakan minyak terpakai. Ianya mengandungi kolestrol yang tinggi.

Iriawan sekali lagi mengingatkan pesanan Shin Tae Yong kepada Pasukan Nasional U-19 yang sedang menjalani kem latihan di Jakarta.

Dia meminta pemain untuk bersikap profesional dan menjaga diet, serta jujur dengan diri sendiri. Hal ini kerana adalah mustahil para jurulatih dapat mengawasi pemakanan mereka setiap masa.

“Anda adalah orang yang berkhidmat untuk negara. Jangan makan di luar sana, dan kekal fokus terutama sekali kamu adalah atlet profesional.