Pecoh Palo Mikir! Erling Haaland, 3 Perlawanan 7 Gol Daripada 8 Shot

Borussia Dortmund benar-benar menikmati persembahan Erling Braut Haaland pada ketika ini. Pemain remaja dari Norway ini sekali lagi meledak dua lagi gol dalam aksi beliau semalam.

Pemain yang mereka hanya beli dengan nilai £17 juta itu kini sudah menjaringkan 7 gol dalam 3 penampilan beliau bersama Borussia Dortmund – di dalam saingan Bundesliga / Liga Jerman.

Beliau hanya memerlukan 8 percubaan ke arah gol lawan, dan 7 daripadanya adalah percubaan tepat dilakukan oleh Erling Braut Haaland.

Jika itu masih belum cukup membuatkan korang berkata wow!, kita tambah satu fakta statistik lagi, di mana ratio setiap percubaan tepat beliau adalah 100%.

8 shots, 7 on target, 7 gol! Gila bukan?

Ya! Setakat ini setiap on target beliau adalah gol. Dan beliau baru beraksi selama 135 minit dalam aksi kompetitif bersama Borussia Dortmund.

Haaland kini menjadi pemain remaja pertama menjaringkan 7 gol dalam 3 perlawanan pertamanya di Bundesliga.

Beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran liga dan suasana kelab yang baharu.

Semalam beliau menjaringkan 2 gol ke atas Union Berlin dalam kemenangan 5-0 Borussia Dortmund.

Korang boleh melayan aksi beliau di bawah ni:

Sebelum ini, beliau mecatatkan hatrik pertama hanya dalam perlawanan pertamanya, debut ketika berhadapan dengan Augsburg. Ketika itu beliau masuk sebagai pemain gantian.

Dalam perlawanan keduanya bersama Borussia Dortmund berhadapan dengan FC Koln, beliau menjaringkan 2 gol.

Berapa agaknya jumlah gol Erling Haaland di Bundesliga pada akhir musim ini?

Sebagai rekod setakat ini beliau sudah menjaringkan 33 gol dan 7 assist dalam aksi di peringkat kelab musim 2019/20.

Beliau pemain yang sangat tenang dan memiliki keyakinan diri yang sangat tinggi untuk seorang pemain remaja.

Erling Haaland menjadi bakat rebutan banyak kelab besar. Ini termasuk Manchester United dan Juventus.

Namun beliau akhirnya menyertai Borussia Dortmund yang terkenal dengan keupayaan mereka menggilap striker yang berkualiti.

Beliau sendiri mendedahkan, salah satu sebab beliau tertarik datang ke Borussia Dortmund kerana percayakan staf kejurulatihan di BvB dalam membantu meningkatkan bakat muda.

Kehadiran Haaland membuatkan Borussia Dortmund melepaskan Paco Alcacer.

Borussia Dortmund kini dalam proses cuba memperbaiki prestasi mereka pada separuh kedua musim ini.

Kehadiran Erling Braut Haaland dan Emre Can di dalam pasukan pastinya diharap akan memberikan impak.

Haaland sudah menunjukkan kualiti beliau. Dan selepas ini giliran Emre Can pula yang akan menjadi pemain tengah.

Can menyertai Borussia Dortmund dari Juventus. Beliau dilepaskan ke Borrusia Dortmund secara pinjaman dan memiliki obligasi perjanjian tetap sekitar £21 juta.

Can sebelum ini pernah terang-terangan mengutuk Maurizio Sarri, dan menuduh pengurus tersebut sebagai memungkiri janjinya. Ini apabila Sarri tidak mendaftarkan namanya untuk skuad UCL.

Borussia Dortmund perlu mengekalkan konsistensi untuk memastikan diri mereka berjaya bermain di UCL pada musim hadapan.

 

Baca yang lain