Pedro Pernah Perlekehkan Cristiano Ronaldo: ‘Kau Sapa? Mana Piala Dunia Kau?’

Dalam aksi el clasico pada 29 November 2016. Ianya merupakan kunjungan pertama Mourinho ke Nou Camp sebagai pengurus Real Madrid.

Mourinho pernah berguru di La Masia ketika menamatkan lencana kejurulatihannya. Namun kali ini beliau akan menjadi pengemudi pasukan musuh utama Barcelona iaitu Real Madrid.

Pedro berkongsi cerita di mana beliau bertikam lidah dengan bintang utama Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Keadaan menjadi sangat tegang ketika Barcelona mendahului 2-0 pada ketika itu.

Pasukan Real Madrid kelihatan hilang arah di dalam perlawanan ini. Apa yang mereka lakukan serba tak menjadi.

Cristiano Ronaldo tolak Pep Guardiola

Bola kemudian melantun keluar. Lalu Pep Guardiola megambil bola itu dan Ronaldo cuba mengambilnya dari tangan Guardiola.

Pep Guardiola kelihatan cuba mengacah Ronaldo dan membuatkan pemain itu sangat marah lalu menolaknya.

Keadaan menjadi sangat tengang di mana pemain daripada kedua dua pasukan berkofrontasi di antara satu sama lain.

Boleh dikatakan sebahagian besar para pemain ketika itu terlibat dalam konfrontasi panas tersebut.

Iniesta merupakan antara yang pertama mengutuk tindakan Cristiano Ronaldo itu. Selepas itu pemain pemain lain menjadi sangat panas.

Iniesta mempertikaikan kenapa Ronaldo bertindak sedemikian. Beberapa pemain cuba meleraikan keadaan. Namun selepas itu berlaku juga insiden lanjutan di mana Valdes antara yang paling bengang ketika itu.

Ketika dalam kebengangan itu, Ronaldo kemudian telah menembak Pedero. Pedro mendedahkan ketika itu Ronaldo dengan bengang bertanya kepada Pedro: “Kau sapa?”

Pedro dengan cepat membalas: “Aku juara dunia, kau pula sapa?”

Dalam aksi tersebut Barcelona menang besar 5-0 dan Pique dengan rakan-rakannya meraikan kemenangan dengan gaya ikonik di mana mereka menunjukkan 5 jari kepada para penyokong.

Ia kekal menjadi mimpi ngeri kepada Mourinho di dalam kariernya sebagai pengurus Real Madrid.

Gol gol Barcelona dijaringkan oleh Xavi, Pedro, David Villa dengan dua gol, dan satu gol lagi adalah menerusi Jeffren.

Barcelona memang berada dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini terutama sekali aksi David Villa.

Pertahanan Real Madrid tidak dapat mengekang Barcelona yang mempamerkan aksi sangat bertenaga dan sangat kreatif.

Malah media ketika itu melabel aksi Barcelona sebagai membangkitkan keghairahan yang itdak terhingga.

Ianya antara aksi el clasico yang paling diingati di dalam sejarah. Namun jelas sekali ia bukan aksi el clasico yang mahu diingati para penyokong Real Madrid.

Barcelona di bawah Pep Guardiola antara pasukan yang paling digeruni di Eropah pada ketika ittu. Mereka mulai dikenali dengan identiti tiki taka di bawah Pep Guardiola.

Beberapa minggu sebelum itu, dalam aksi antarabangsa, Portugal membelasah Sepanyol 4-0. Majoriti pemain  Real Madrid dan Barcelona terlibat dalam aksi tersebut.

Cristiano Ronaldo menjadi nadi penting Portugal pada ketika itu.

Walaupun tiada Piala Dunia, namun beliau secara individu meraih 5 Ballon d’Or, yang hanya mampu menjadi mimpi Pedro.

Ronaldo turut menjadi kapten negaranya dalam memenangi EURO dan Piala Bangsa Eropah.

 

Baca yang lain