Pegawai Di Itali Makan Gaji Buta RM2.68 Juta, Ponteng Kerja 15 Tahun

Seorang pekerja hospital di Itali ditangkap oleh polis kerana dituduh ponteng kerja selama 15 tahun, menurut laporan media tempatan.

Lelaki itu dituduh tidak datang bekerja di Hospital Ciaccio di bandar Catanzaro di selatan Itali sejak 2005 lagi.

Dia kini disiasat atas tuduhan penipuan, pemerasan dan penyalahgunaan kuasa, menurut laporan oleh agensi berita Itali, Ansa.

Walaupun tidak pernah bekerja selama sedekad setengah itu, namun dia tetap menerima gajinya seperti biasa. Gaji yang dia terima sepanjang 15 tahun €538,000 ataupun RM2.68 juta.

Penangkapan ini dibuat selepas polis membuat siasatan ke atas pegawai penjawat awam yang ponteng kerja. Seramai enam pengurus di hospital juga disiasat berhubung dakwaan mereka ponteng kerja.

Namun paling mengejutkan pastinya yang 15 tahun tak bekerja ini. Sebelum ini dia sudah kantoi, tetapi kemudian mengugut pengurusnya untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya.

Selepas pengurus tersebut bersara, pengurus baharu hospital tempatnya bekerja pula terlepas pandang terhadap kewujudannya.

Maka dia menikmati wang gaji buta itu selama 15 tahun.

Semoga korang tidak seperti dia ni la. Tak berkat duit gaji tu sebab menipu.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.