Siasatan tentang Juventus diteruskan walaupun beberapa kesalahan mereka sebelum ini sudah dijatuhkan hukuman.
Terbaru, siasatan yang digelar siasatan Prisma itu mendedahkan bagaimana kelemahan pelaburan dan pengurusan kewangan oleh Andrea Agnelli.
Dia telah melantik orang yang tidak kompetitif duduk di jawatan penting. Membuatkan gaji pemain Juventus tidak masuk akal.
Perbualan antara bekas CEO Juventus, Maurizio Arrivabene dengan Pegawai Kordinasi Sukan Juventus, Cherubini juga didedahkan.
Dalam perbualan itu, mereka berdua tidak sependapat dalam pembayaran gaji pemain.
Arrivabene memberitahu pegawai penyiasat bahawa mereka sudah memberikan amaran kepada Agnelli tentang situasi kewangan kelab sejak November 2021 lagi.
Arrivabene memberitahu: “Saya ada menelefon Cherubini, memberitahu dia agar tidak sesekali membelanjakan wang walaupun 1 lira sekalipun lebih daripada budget yang saya tetapkan masa itu.”
“Agnelli percayakan saya kerana dia tahu saya jujur. Cukuplah dengan membaca laporan akhir kewangan, sudah cukup tension nak baca dia.”
Intercettazioni Juventus, Paratici: "Siamo stati arroganti, il Fabio di 5 anni prima non prende Higuain a 90, ma Jesus a 10 e lo fa diventare uno da 90" https://t.co/JaokerNBCi
— informazione sport (@infoitsport) February 11, 2023
Cherubini kemudian cuba menuding jari kepada Paratici, bekas Pengarah Sukan Juventus sebelum ini. Di mana Cherubini sangat kecewa melihat baki akaun yang ditinggalkan Paratici.
Sambil menyatakan bahawa, Juventus terlalu bodoh dan teruk dalam memberikan kontrak kepada pemain.
Cherubini berkata kepada Arrivabene: “Kau tahu tak pemain paling teruk dalam pasukan kita dibayar gaji yang sama dengan pemain terbaik di Atalanta iaitu Zapata.”
“Zapata mendapat €1.8 juta… jika kelab ini membeli anjing sekalipun, kita akan bayar anjing tu gaji €3.5 juta. Kita ni terlalu angkuh dan sombong di pasaran perpindahan pemain.”
“Sebab Paratici, 5 tahun lalu kita tak akan menandatangani Higuain €90 juta, dia akan beli Gabriel Jesus bernilai €10 juta dan jadikan dia €90 juta.”
Cherubini turut menentang usaha Juventus mendapatkan Federico Chiesa.
Bukan kerana taktikal atau gaya permainan bola sepak pemain itu, tetapi Juventus sudah berada pada tahap mereka harus mengambil kira isu ekonomi kelab terlebih dahulu berbanding taktikal.
Cherubini sekali lagi mengulangi, Juventus terlalu angkuh dan nak semua pemain terbaik di Itali milik mereka walaupun dengan apa harga sekalipun.
Kesannya, ejen kepada pemain itu meningkatkan tuntutan gaji dan pakej pemain tersebut. Itu antara sebab kenapa Cherubini menentang perpindahan Chiesa.
“Chiesa, saya sebenarnya kurang berkenan kerana ejennya sangat mengambil kesempatan dari segi kewangan.”
Seterusnya, Cherubini menyatakan bahawa Agnelli sendiri tahu bahawa kelab telah membuat pelaburan yang lemah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Sejak saya tiba di sini pada 2010, kita suka buat kerja pada 3 hari terakhir jendela perpindahan dan membuang €60-70 juta kat longkang. Saya terus terang bagitau kamu.”
Penyiasat juga mendedahkan perbualan antara Agnelli dengan CEO Exor, John Elkann, yang mahu membawa masuk legenda kesayangan peminat, Alessandro Del Piero agar lebih dekat dengan kelab.
Arrivabene tidak setuju dengan cara perlantikan seperti itu yang bersifat populis. Melantik orang yang kurang berpengalaman di hawatan besar akan memberikan impak kepada kelab.