Pegawai Nigeria Ini Minta Ronaldo Beli Nama Nou Camp Jadi Stadium CR7

Pegawai media Presiden Nigeria, Bashir Ahmad telah memberikan cadangan yang agak pelik.

Ini apabila beliau mencadangkan agar Cristiano Ronaldo membeli hak nama stadium Nou Camp.

Bashir Ahmad merupakan pegawai berusia 28 tahun yang bekerja di bawah presiden Muhamad Buhari.

Beliau memberikan cadangan itu selepas Barcelona meletakkan nama stadium mereka untuk dibida. Ini untuk mengutip dana bagi kebajikan ketika krisis kesihatan melanda.

Barcelona dilaporkan berharap mereka akan mampu mendapat sekitar €300 juta daripada penjualan nama stadium itu.

Ini merupakan julung kalinya Barcelona menjual nama Nou Camp kepada umum. Sebelum ini mereka pernah menamakan tradisi jersi tanpa penaja.

Tetapi untuk nama stadium, pihak Barcelona menegaskan, penjualan nama itu hanya untuk semusim sahaja. Dan kemudian mereka akan menggunakan nama Nou Camp seperti biasa.

Oleh itu, Bashir Ahmad telah menyatakan menerusi tweet beliau: ‘Ke hadapan Cristiano Ronaldo, beli dan jenamakan ia kepada stadium CR7.’

Sebelum ini Barcelona menyatakan, mereka yakin para pembida akan bangga untuk memenangi naming rights itu.

Hal ini kerana stadium itu merupakan home kepada Barcelona dan adanya Lionel Messi bermain di sana.

Korang bayangkan jika cadangan Bashir Ahmad ni benar benar berlaku. Lionel Messi akan benarkan di dalam stadium CR7.

Ronaldo dan Messi merupakan seteru yang unggul secara peribadi di arena bola sepak.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan