Sebelum ini PGMOL meminta maaf kepada Liverpool kerana kesilapan manusia – merujuk kepada keputusan penjaga garisan – yang kemudian gagal dibetulkan oleh VAR – sebagai punca Liverpool dirompak gol pertama dalam aksi menentang Spurs semalam.
PGMOL dalam kenyataannya berkata: “PGMOL mendapat maklum bahawa ada kesilapan manusia berlaku ketika separuh masa pertama perlawanan Tottenham dengan Liverpool. Gol oleh Luis Diaz dibatalkan kerana ofsaid berdasarkan keputusan penjaga garisan di tepi padang.”
“Ini adalah jelas kesilapan yang jelas dan sepatutnya gol diberikan menerusi campur tangan VAR. Malangnya VAR gagal campur tangan dalam keputusan tersebut.”
“PGMOL akan melakukan tinjauan semula sepenuhnya ke atas perkara yang boleh menyebabkan kesilapan itu. PGMOL segera menghubungi Liverpool dalam rumusan perlawanan ini untuk memberitahu mereka tentang kesilapan ini.”
Dah lebih menarik lagi, wartawan Dale Johnson dari ESPN mendedahkan bahawa pegawai VAR di pejabat VAR sebenarnya tidak melukis garis pada visual Luis Diaz kerana mereka ingat bahawa pengadil sudah membuat keputusan tepat di atas padang, terang dan nyata ianya adalah gol yang bersih.
Dale Johson dalam laporannya berkata: “Ini apa yang berlaku pada ‘gol’ Luis Diaz yang dibatalkan ketika aksi Liverpool vs Spurs. VAR gagal untuk membantu mengubah keputusan pengadil atas padang – yang membawa kepada pembatalan gol Luis Diaz.”
“Darren England – pegawai VAR – memeriksa sama ada gol itu ofsaid atau tidau merasakan bahawa pengadil sudah membuat keputusan tepat bahawa gol itu sah.”
“Ianya semakan yang cepat dibuat kerana jelas sekali Diaz onside [dan tak perlu letak garis pun], jadi dia membalas kepada pengadil bahawa pemeriksaan sudah selesai.”
“Ketika dia memberitahu pemeriksaan sudah selesai, dia menganggap itu sebagai jawapan bahawa keputusan pengadil tepat untuk memberikan gol.”
“Jadi, kesilapan manusia oleh pasukan VAR adalah kerana tidak memperbetulkan kesilapan keputusan pengadil di atas padang. Bukannya sebab mereka gagal melukis garisan.”
“Garisan pada gol Diaz itu jelas sekali onside. Ini adalah satu salah faham yang luar biasa antara pengadil dan pegawai VAR. Sebaik sahaja Spurs melakukan sepakan percuma kerana ofsaid diberikan, bermakna keputusan pengadi dah tak boleh ditarik balik.”
“Anda boleh bayangkan situasi di pejabat VAR ketika sepakan percuma itu diambil Spurs.”