Pengedar dadah ni mereka ada satu rangkaian perhubungan yang sangat cekap dan sangat tinggi kerahsiannya.
Mereka sangat berhati hati di dalam semua perlakuan mereka, untuk mengelak daripada kantoi dengan polis.
Sekali terkantoi merana hidup buat selama – lamanya. Malah ada peraturan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia dan Indonesia, pengedar dadah boleh ke tali gantung.
Namun setiap manusia itu tidak sempurna, dan pasti akan melakukan kesilapan… err… benda ni sebenarnya sangat tak sesuai untuk pengedar dadah.
Kerana, walaupun mereka manusia yang tak sempurna, kesilapan dalam melakukan deal sangat tidak boleh.
Mereka tidak boleh cuai ataupun cemerkap. Bekerja kena cekap dan lancar.
Seorang pengedar dadah bernama Martynas Benosenko, telah melakukan satu kesilapan yang sangat teruk di dalam kariernya.
Kesilapan yang membuatkannya kantoi dan ditangkap di Leeds Festival yang berlangsung di Yorkshire.
Dia telah mengedar dadah bernilai £3,000 ataupun sekitar RM16,000.
Kesilapan dia kali ini telah memudahkan tugas polis mencekupnya..
Polis melihat Martynas sedang menghisap ganja ketika festival itu dan kelihatan mencurigakan.
Begnya digeledah dan mendapati ada 28 paket kokain serta 67 tablet MDMA di dalamnya.
Polis sebenarnya sudah tahu dalam begnya ada dadah tersebut. Kenapa?
Ini kerana Martynas sendiri yang tersilap hantar senarai harga dadah kepada pegawai polis. Ini kes salah nombor.
Martynas ketika itu terdesak mahukan wang selepas dibuang kerja. Dan dia menjual barang terlarang itu.
Namun ketika cuba berurusan dengan pembelinya, dia telah melakukan typo dan tersilap masukkan nombor telefon di dalam senarai contactnya. Dan secara kebetulan, nombor yang salah itu betul betul ke nombor polis.
Polis kemudian mencari Martynas dan terus menangkapnya di Leeds Festival.
Martynas Benosenko
A drug dealer who accidentally texted his price list to a police officer while he was high on his own supplyhas now been jailed for three years and four months22-year-old Martynas Benosenko of Hyde Park was caught at Leeds https://t.co/W751juPD5A pic.twitter.com/GaSI7AzWSe— EyeWitness101 (@EyeWitness101) February 4, 2020
Masalah utama Martynas di sini, dia bekerja atas pengaruh dadah. Sebab tu orang tak suruh kita bekerja atas pengaruh dadah dan alkohol – termasuk walaupun anda seorang pengedar dadah. Nanti kerja tak efisien.
Kepala dia tengah high tu sampai typo nombor polis.
Masalah typo ni memang parah kadangkala. Ianya boleh membuatkan sesuatu dokumen jadi tidak sah. Dan ada juga yang hilang pekerjaan kerana typo.
Hakim Jessica Randall berkata: “Dia memutuskan untuk pergi menjual dadah di Festival Leeds sementara sedang dalam keadaan sangat khayal / high,” katanya.
“Dia fikir itu akan menjadi idea bagus, tetapi jelas dia tidak tahu apa yang dia lakukan.
“Dia seolah olah memandang rendah kepada operasi Heath Robinson.”
“Dia pergi ke festival, selepas dia sendiri dah khayal sebab sudah mengambil dadah terlalu banyak, ini jelas mengalihkan perhatian orang ramai kepada dirinya sendiri, dan kemudian lebih malang dia mengirimkan senarai harganya kepada polis.”