Peguam: Cukup Dengan Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’, Anda Boleh Didakwa Melakukan Gangguan Seksual

Seorang peguam dengan nama akaun facebook Liyana The Lawyer telah berkongsi tentang kes di mana seorang bos yang memanggil setiausahanya ‘sayang’ telah dipecat atas tuduhan gangguan seksual menerusi percakapan.

Cukup hanya dengan panggilan sayang, korang akan dikenakan tindakan, apatah lagi melakukan kontak ataupun perbuatan yang menggatal yang lain.

Berikut perkongsian beliau:

Kes Boss Dipecat Kerana Memanggil Setiausaha “Sayang”?

Kepada para pekerja wanita di luar sana, pernahkah anda mendapat boss yang memanggil anda ‘Sayang’ berkali-kali bukan sahaja melalui percakapan, malah melalui WhatsApp dan

Memberikan perhatian yang melebih-lebih seperti meminta anda mengambil beliau secara personally di airport, memberikan hadiah seperti minyak wangi dan bunga pada hari Valentines, dan juga memegang anda ketika ingin bergambar beramai-ramai dengan rakan sekerja anda yang lain?

Jika jawapannya adalah YA dan anda sedang mengalami situasi di atas, maka jangan takut dan gentar kerana undang-undang ada di sini untuk menyelamatkan anda!

Dalam kes terbaru yang diputuskan di Mahkamah Industri L M v.Murphy Sarawak Oil Co Ltd [2020] 2 ILR , seorang boss telah dipecat oleh majikannya kerana didapati bersalah diatas tuduhan melakukan sexual harassment atau gangguan seksual ke atas setiausaha beliau.

Boss tersebut telah didapati bersalah di atas tuduhan memanggil Setiausahanya dengan panggilan “Sayang” secara berkali-kali bukan sahaja dalam komunikasi WhatsApp, malah apabila berada dalam mesyuarat rasmi bersama staf lain.

Boss yang telah dipecat ini telah cuba berdalih dan memberikan alasan kepada Mahkamah bahawa panggilan ‘Sayang’ tersebut telah dibenarkan oleh Setiausahanya dan menganggap bahawa Setiausahanya adalah seperti anaknya sendiri.

Bukti sepanjang prosiding Mahkamah menunjukkan sebaliknya dimana Setiausaha boss tersebut tidak suka dan berasa amat malu apabila bos beliau memanggilnya dengan panggilan tersebut berkali-kali malah pada waktu mesyuarat rasmi yang membuatkan ramai rakan sekerja yang lain mengusiknya sebagai “Sayang Boss’

Selain dari itu juga, Boss ini telah meminta setiausahanya membelikan baju untuk teambuilding dinner dengan mengatakan bahawa dia mahu setiausahanya kelihatan yang paling cantik pada majlis makan malam tersebut.

Bos ini juga kerap meminta setiausahanya bersalam tangan dan memegang tangan setiausahanya secara lama dan memberi komen bahawa tangan Setiausaha tersebut adalah kasar dan boss tersebut telah membelikan setiausaha tersebut losyen tangan kerana ingin kulit tangannya lembut dan mulus.

Bukan itu sahaja malah Boss ini tidak mahu driver mengambil beliau di airport dan telah meminta Setiausaha ini menjemputnya sendiri yang merupakan di luar skop kerja Setiausaha tersebut.

Pada asalnya Setiausaha ini telah resign kerana tertekan dengan tindakan gangguan seksual bossnya ini namun undang-undang maha adil, hasil siasatan mendapati bahawa memang Boss yang durjana dan tak betul ini memang bersalah di atas kesemua tuduhan berdasarkan saksi dan bukti-bukti yang kukuh.

Kepada para wanita diluar sana, jika anda adalah mangsa gangguan seksual bos yang gatal tak sedar diri di tempat kerja anda, silalah lodge a complain to HR anda secepat yang mungkin mengenai perkara ini berserta dengan bukti yang kukuh.

Sekian,

Moga artikel saya ini membuat anda lebih bijak undang-undang dan tidak takut untuk mempertahankan diri anda

-Liyana the Lawyer-

Baca yang lain