Peguam Ini Tawar Guaman Percuma Kepada Guru Dipaksa Merangkak

Sejak pagi tadi di media sosial telah tular video seorang guru / ustazah yang dikatakan disuruh merangkak oleh seorang ibu.

Ini kerana ibu tersebu tidak nerpuas hati anaknya didenda ustazah tersebut. Tidakan itu telah mencetuksna kemarahan di kalangan masyarakat kerana ini sungguh jelik dan tak beradab.

Kalau iyapun ada masalah di antara guru dan ibu bapa, kenapa sampai sedemikian rupa tindakan ibu murid itu?

Dalam video tersebut ustazah tersebut diarahkan merangkak di dalam kelas dan diikuti oleh beberapa murid.

Akibat bengang dan kecewa dengan tindakan ibu itu, seorang peguam telah menawarkan khidmat guaman percuma kepada guru tersebut.

Nurhidayaty Maidin, seorang peguam, telah menghebahkan perkara itu menerusi Facebook beiau sambil mengecam tindakan ibu pelajar tersebut.

Nurhidayaty menyifatkan ianya menjatuhkan maruah seorang guru.

Berikut adalah kenyataan daripada Nurhidayaty:

“Penting!!TOLONG TAG VIDEO PADA MAK BUDAK YANG REKOD NI”

“Tolong kenalkan saya dengan ustazah ini. Saya ingin bagi free legal advise dan mungkin servis sebagai peguam seterusnya.

Melampau mak bapak sekarang. Level tapir yang tak boleh diajar.

Seorang guru kau jatuhkan maruah begitu sekail. Apa jua alasan , guru ini tidak patut di perlakukan sedemikian. Ada saluran lebih baik.

Ustazah ini bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Tolonglah penasihat undang undang Jabatan ambil berat kes begini dan lindungi guru guru.

PUU Jabatan Agama mana…

Sebelumnya saya sudah upload video tetapi kerana pembaca facebook saya pohon delete mungkin terlampau sensitif , maka saya delete. Tepuk dahi….

Susah hampa ni. Video tu adalah bukti sebenarnya. Harap ada yang save. Sensitif tak bertempat.

Sekali lagi saya pohon tagkan saya atau kenalkan saya kepada ustazah yang telah di minta untuk merangkak oleh seorang ibu.

Bagi saya ini adalah tindakan yang melampau dari ibubapa murid hatta apa jua kesalahan guru tersebut. Ada saluran yang boleh diambil dengan cara betul dan sesuai.

Kepada penasihat undang-undang Jabatan Agama Islam Negeri, pohon ambil berat kes ni.”

Guru tersebut menolak

Nurhidayaty kemudian mengemaskini perkembangan tersebut dan menyatakan bahawa guru tersebut tidak bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah kepada ibu murid itu.

UPDATE: Isu Guru Merangkak.
——————————————-
Saya telah menghubungi guru yang berkenaan berserta penyelia sekolah dan telah memberikan nasihat undang-undang.

Saya hormati keputusan guru dan sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak mahu berpanjangan.

Namun sebagai pengajaran supaya insiden in tidak berulang, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh si ibu. Jangan sekadar ucapan maaf seperti musim raya .

Perlu disertakan dengan dokumen undang-undang. Saya telah hulurkan diri untuk pantau proses ini.

Apabila wartawan tanya saya apakah perasaan puan apabila melihat video tersebut , saya katakan ada dua perkara bermain di fikiran saya :

Pertama –

Betapa nilai seorang pendidik iaitu guru tidak dipandang tinggi oleh masyarakat yang semakin hari semakin hilang adab. Bahkan sikap ibu ini yang meminta guru merangkak adalah sangat tidak cerdik dan keanak-anakkan. Saluran yang betul untuk membuat aduan adalah dengan mengisi borang aduan disekolah dan laporkan kepada guru besar.

Kedua-

Ini bukan kes pertama guru guru sekolah diserang oleh ibu bapa yang tak faham-faham bahawa kawasan sekolah ada kawasan no zone. High time kepada Pihak Kementerian Pendidikan untuk mengedarkan pekeliling khas kepada ibu bapa . Untuk ajar ibu bapa bahawa kawasan sekolah terutama kelas dan bilik guru adalah NO ZONE kepada mereka.

Ketiga-
Keselamatan di sekolah agamaperlu diteliti oleh Jabatan Agama Islam dan juga Kementerian Pendidikan. Bukan sahaja keselamatan guru-guru terbabit dalam risiko. Lihat video bagaimana si ibu , orang luar , boleh masuk dengan sesuka hati di dalam kelas yang penuh dengan kanak-kanak sekolah.

Kalaulah ibu tersebut seorang yang mengalami tekanan dan bawa senjata tajam? Saya tidak dapat bayangkan. Lihat betapa expressi muka kanak-kanak dalam kelas terbabit- confused dan takut pun ada. Sampai ada yang turun merangkak bersama.

Saya ucapkan terima kasih kepada netizen yang membantu saya mendapatkan no tel ustazah ini. Kami telah berhubung dan akan terus buerhubung sehingga isu in selesai.

Nurhidayaty Maidin.
Tetuan Nur Maidin & Co
Peguambela dan Peguamcara
03-55411129/03-55450171

Ingatlah bahawa guru itu pelita hidup. Tanpa mereka tidak adalah peguam, doktor, menteri, angkasawan, dan pelbagai lagi manusia yang berprofesion pada hari ini.

Baca yang lain