Seorang jutawan, Gerald Cotten mati mengejut pada Disember 2018.
Gerald meninggal pada usia 30 tahun. Merupakan co founder untuk sebuah pusat tukara matawang kripto di Kanada iaitu QuadrigaCX.
Gerald dilaporkan meninggal dunia ketika melawat ke India kerana radang usus yang kronik.
Cotten tidak langsung memberikan akses kepada individu kedua untuk e-wallet syarikatnya, termasuk isterinya. Secara tak langsung, dia membawa USD 145 juta sekali bersamanya.
Namun kematiannya tidak dipercayai oleh pelanggannya yang mengesyaki ada foul play / taktik kotor.
Korang bayangkan korang simpan wang yang banyak dekat satu tempat. Dan orang yang menyimpan kunci itu mati dan anda tidak tahu di mana kuncinya.
Hanya dia seorang yang boleh membukanya, dan peti itu memang boleh dibuka dia seorang sahaja.
Itu yang berlaku ketika ini.
Akhbar di Kanada melaporkan, para pelangganya mahu kubur Gerald Cotten digali semula untuk membuat pengecaman kepada mayat tersebut.
Kenapa? Kerana mereka merasakan kematiannya seperti kematian Do dan Minah, fake dan dibuat-buat demi duit.
Untuk pengetahuan korang, Gerald Cotten merupakan pengakses tunggal kepada simpanan mawatang kripto / bitcoin yang bernilai sekitar USD145 juta ataupun sekitar RM600 juta.
Dengan kematiannya, bermakna tiada siapa boleh akses ataupun mengeluarkan wang itu untuk tukaran.
Gerarld Cottten disyaki telah memalsukan kematiannya dan melakukan skandal penipuan jutaan dollar.
Kini para pelanggan Cotten sedang mencari di mana kuburnya. Dan ada yang menyatakan mayatnya di dikebumikan di Kanada.
Mereka melantik firma guaman Miller Thompson LLP. Dan satu surat daripada peguam tersebut sudah dikeluarkan meminta agar Polis Diraja Kanada melakukan siasatan semula ke atas mayat Cotten.
Ini kerana kematian Cotten telah membuatkan USD145 juta terkunci dan tak boleh dikeluarkan.
Lawyers representing users of the collapsed Quadriga CX cryptocurrency exchange platform are requesting that Canadian authorities exhume and examine the body of its late founder, Gerald Cotten, to check if the person buried there is really him https://t.co/4KfE15EbqP
— CNN International (@cnni) December 14, 2019
Ramai individu yang terkesan daripada kematian tersebut. Mereka berharap ada pengesahan di atas semua itu untuk memuaskan hati klien Cotten.
Here's a fitting story for Friday the 13th. Lawyers representing the users of a bankrupt cryptocurrency exchange are asking the RCMP to exhume the body of the fund’s founder and conduct an autopsy, in order to determine whether he is, in fact, dead.https://t.co/qqYI5JsSyz
— Alexander Quon (@AlexanderQuon) December 13, 2019
Namun begitu, Cotten sempat mewasiatkan sejumlah USD5.6 juta kepada balunya.