Pada Sabtu, seorang lelaki Rohingya pemegang kad UNHCR yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’ telah dibebaskan atas perintah mahkamah.
Ini selepas pihak polis gagal untuk meminta mahkamah melanjutkan lagi tahanan reman ke atasnya.
Long Tiger ataupun nama sebenarnya Abdul Hamim telah mencetuskan kontroversi menerusi live FB.
Ia telah membuatkan dia direman kerana adanya unsur memfitnah pihak pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak ketika bersiaran langsung menerusi Facebook.
Long Tiger yang dikenali dengan tabiatnya yang hanya akan mula bercakap selepas komen dan share yang banyak telah dibebaskan selepas keputusan oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Zuraidah mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap Long Tiger.
Oleh itu, pemuda berbangsa Rohingya berusia 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu telah ditahan sebelum ini dan direman selama lima hari sejak Selasa.
Pihak polis memohon agar reman ke atas Long Tiger dilanjutkan namun ianya tidak dibenarkan oleh Majistret.
#muar Lelaki Rohingya dikenali sebagai 'Long Tiger' yang mencetuskan kontroversi kerana membuat siaran langsung di laman Facebook (FB) memfitnah pegawai polis daripada IPD Tangkak dibebaskan daripada tahanan reman hari ini.https://t.co/nasHuTl7g4
— Harian Metro (@hmetromy) May 2, 2020
Long Tiger direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah ke atas seorang anggota polis.
Suspek juga disahkan polis sebagai bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dirinya dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguam Datuk Shaharudin Ali.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan pembebasan berkenaan.
Shaharudin: Jiwa Melayu Long Tiger kuat
Peguam kepada Long Tiger iaitu Datuk Shaharudin Ali berkongsi detik gembira melihat anak guamannya dibebaskan. Ini selepas majistret kelas pertama menolak permohonan polis untuk melanjutkan reman.
Majistret Muar Kelas Pertama menolak permohonan Polis untuk melanjutkan tempoh reman "Long Tiger" Hamim Ab Hamid sebentar tadi selepas hujahan yang panjang drp wakil Polis dan saya.#Muar #Reman117 #LongTiger
— Shaharudinali (@Shaharudinali) May 2, 2020
Beliau juga menceritakan detik berhadapan dengan Long Tiger di IPD Muar. Menurut Shaharudin, Long Tiger aka Hamim memang seorang yang sangat lantang ketika bercakap.
Namun pada masa yang sama seorang yang baik hati dan jujur. Pada alis matanya, Shaharudin melihat tekanan dan kesulitan hidupnya dan jiwa Melayunya yang kuat.
Shaharudin berkata: “Saya berunding dgn Long Tiger Hamim di lokap IPD Muar 9 pagi tadi. Saya lihat dia memang lantang (dengan saya ni) tapi beliau kelihatan seorang yang baik hati, seorang yang ikhlas bercakap.”
Saya berunding dgn Long Tiger #Hamim dilokap IPD Muar 9pagi tadi. Saya lihat dia mmg lantang (dengan saya ni) tapi beliau kelihatan seorang yg baik hati, seorang yg ikhlas bercakap. Di alis matanya, terpancar rasa tekanan kesulitan hidup. Jiwa Melayu beliau kuat. Wallahualam.
— Shaharudinali (@Shaharudinali) May 2, 2020
“Di alis matanya, terpancar rasa tekanan kesulitan hidup. Jiwa Melayu beliau kuat. Wallahualam.”