Pegurusan Sadio Mane Dedah Sane Seorang Rasis Yang Dilindungi Media Jerman Dan Bayern

PA kepada Sadio Mane, Bacary Cisse mendedahkan bahawa media Jerman dan juga Bayern Munich sebagai membela serta mempertahankan seorang rasis iaitu Leroy Sane.

Cisse ternyata kecewa dengan layanan yang diberikan kelab dan media Jerman ke atas Sadio Mane.

Detik pergaduhan antara Mane dan Sane telah menjadi titik tolak kepada berakhirnya masa depan

Bercakap kepada RMC Sports, Cisse berkata: “Semua orang yang ada ilmu pengetahuan tentang bola sepak Eropah pasti mereka tahu bahawa Leroy Sane seorang yang biadap dan berperangai buruk.”

“Sementara itu Sadio Mane seorang yang sangat tenang, dan dia sudah menunjukannya di mana sahaja dia bermain sebelum ini.”

“Sane sudah melampaui batas. Banyak perkara yang tak betul ditulis media tentang apa yang mereka. Banyak benda yang kotor keluar dari ‘mulut’ meda Jerman.”

“Mereka memihat kepada Leroy Sane dan menentang Sadio Mane.”

“Media Jerman melaporkan Mane didenda €500 ribu, ternyata itu satu pembohongan.”

“Leroy Sane malah yang datang meminta maaf kepada Sadio Mane selepas insiden itu. Kenapa? Sebab dia tahu dia telah buat benda bodoh.”

“Dia [Sane] telah menghubungi beberapa pemain lain dan memberitahu mereka untuk mengingatkan Sadio Mane agar membalas mesejnya.”

“Sadio kemudian membalas mesej itu dan menerima permohonan maaf itu. Memberitahu dia agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi.”

“Sadio telah diejek secara rasis oleh Sane? Ya, begitulah yang berlaku. Saya tak boleh pergi ke butiran  yang lebih terperinci.”

“Itulah sebabnya saya merasakan Bayern dari pihak Bayern mereka jelas tidak menghargai Mane.”

“Jika warna kulit Mane membuatkan Leroy Sane tidak senang, maka ia juga akan mengganggu mereka yang sedang mengendalikan Bayern kerana mereka sendiri tak faham kenapa mereka membayar wang yang banyak ke atas pemain ini.”