Pekerja ‘Gomen’ Di Brazil Dibenarkan Datang Kerja Lewat Sepanjang Piala Dunia Wanita

Kerajaan Brazil mengumumkan bahawa, semua pekerja kerajaan boleh datang lewat ke tempat kerja sepanjang Piala Dunia Wanita 2022 yang berlangsung.

Dan polisi ini juga digalakkan untuk diguna pakai oleh syarikat swasta terutama sekali GLC.

Perkara itu diumukan sendiri oleh Menteri Pengurusan Dan Inovasi Perkhidmatan Awam Brazil, Esther Dweck baru baru ini.

Sebenarnya polisi kerajaan ini sudah digunakan sejak Piala Dunia 2022 di Qatar yang lalu.

Dan mereka benar benar meraikan dasar kerajaan tersebut.

Lalu mereka meminta keadilan untuk Piala Dunia wanita harus dilayan sama seperti Piala Dunia lelaki. Ini kerana Brazil juga sangat fanatik menyokong pasukan wanita mereka.

Brazil sebagai negara yang fanatik dengan bola sepak, akan bertanding sekali lagi dalam Piala Dunia Wanita 2022 yang dianjurkan di Australia dan New Zealand bermula hari ini.

Di Brazil rakyatnya akan menyaksikan perlawanan tersebut pada awal pagi. Dan pekerja yang bekerja di agensi kerajaan negara itu dibenarkan untuk datang lewat ke tempat kerja selepas perlawanan tamat.

Kerajaan menyatakan, pekerja kerajaan dibenarkan lewat 2 jam selepas wisel penamat perlawanan pasukan Brazil.

Kerajaan menggalakkan syarikat swasta untuk menggunakan dasar yang sama kepada pekerja mereka. Kerana bukan setiap hari pekerja tertakluk kepada kelonggaran ini.

Hanya untuk perlawanan yang ditayangkan secara langsung pada sebelah awal pagi di Brazil sahaja.

Dalam kenyataannya, kerajaan berkata: “Pada hari perlawanan yang berlangsung 7.30 pagi, maka jadual kerja pada hari itu bermula 11 pagi.”

“Untuk perlawanan yang ditayangkan pada 8 pagi pula, jadual kerja akan bermula 12 tengahari.”

Seterusnya kerajaan menyatakan bahawa, jadual balik tetap sama. Jika organisasi itu biasa beroperasi 9-5, maka pekerja harus pulang 5 petang secara sharp.

Kerajaan atau majikan tidak boleh memotong gaji pekerja atau meminta pekerja membayar balik jam bekerja tersebut.

 

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari