Pelajar Di Jepun Guna Robot Untuk Hadiri Majlis Konvokesyen

Anda mungkin runsing sekarang ni sebab tak boleh keluar dari rumah. Terutama sekali jika korang ada majlis seperti konvokesyen.

Di Jepun, robot bersedia mengambil tugas anda, dan anda hanya perlu duduk sahaja di rumah dan berinteraksi dari sana.

Koronavirus ternyata tidak mampu menghalang pelajar sebuah universiti di Jepun daripada menikmati hari graduasi mereka.

Siswazah Universiti BBT – jurusan perniagaan di Tokyo, tidak dibenarkan menghadiri majlis tamat pengajian mereka.

Ini kerana negara tersebut masih mengamalkan social distancing kerana koronavirus. Jepun antara negara yang terjejas dengan koronavirus.

Lalu para pelajar mereka mengambil inisiatif tersendiri untuk memastikan istiadat konvokesyen itu kekal tradisional.

Mereka telah mengupah robot avatar untuk memastikan upacara penerimaan segulung ijazah itu berjalan seperti biasa.

Mereka menggunakan khidmat robot telepresence bernama Newme yang juga disebut sebagai robot avatar untuk mewakili mereka di tempat majlis konvokesyen tersebut.

Robot dengan aplikasi zoom bantu graduan konvo

Tablet digital dipasang pada kepala robot, menunjukkan wajah pelajar yang menggunakan panggilan persidangan Zoom untuk menghadiri majlis tamat pengajian dari jauh.

Menurut laporan oleh Business Insider, acara itu berlangsung di Hotel Grand Palace di Tokyo pada 28 Mac, Ahad yang lalu.

Demi untuk menjaga tema dan istiadat konvokesyen tradisional, robot juga berpakaian dengan hitam dan juba untuk upacara pengijazahan.

Salah seorang pelajar, berkata dalam satu kenyataan pada 31 Mac, “Apabila saya mendaftar masuk ke universiti ini, saya tidak pernah fikir saya akan mengendalikan avatar saya dan menghadiri majlis tamat pengajian.”

“Namun, menerima ijazah di khalayak ramai dengan robot adalah pengalaman baru.”

Robot telepresence Newme tidak hanya berguna untuk menghadiri graduasi, mereka juga berguna jika anda ingin melakukan perjalanan tanpa meninggalkan rumah.

Ok la tu, tapi biasanya graduan ni kena ada gambar rare lepas ambil scroll, misalnya ambil gambar dalam kolam renang dan gambar baling topi di tengah padang.

Adakah itu dapat dilakukan oleh Newme?

Perkhidmatan yang semakin popular di Jepun

Tahun lepas, syarikat penerbangan All Nippon Airways mendedahkan bahawa mereka akan menawarkan perkhidmatan robot telepresence Newme kepada pelanggan.

Ini untuk membolehkan orang ramai menikmati pengalaman di tempat yang jauh tanpa perlu pergi ke sana secara peribadi.

Ada sesetengah orang nak bercuti ke luar negara tetapi tak ada ada cuti pula dan terpaksa duduk di rumah pada hujung minggu.

Robot tersebut akan menghantar video 2K – definisi tinggi – yang membolehkan pengguna manusia melihat dan berinteraksi dengan persekitaran bot.

Robot Newme juga membantu mereka yang lumpuh untuk kembali ke tempat kerja. Sebagai contoh, seorang pelayan yang kemalangan jalan raya dan hilang upaya, masih boleh bekerja sebagai pelayan robot di kafe-kafe di Jepun.

Baca yang lain