Seorang pelajar Universiti British Columbia (UBC) menjadi berita utama selepas dia mengambil keputusan untuk naik kapal terbang ke kolejnya semata mata mahu mengelak sewa rumah yang mahal di Vancouver.
Pelajar bernama Tim Chen itu berasal dari Calgary, mengatakan bahawa memilih penerbangan untuk ke kelasnya, kerana ia jauh lebih murah daripada membayar sewa bulanan di Vancouver.
Pelajar itu secara kasar membelanjakan $150 setiap penerbangan pergi balik, yang mencecah hampir $1200 sebulan untuk kelas hanya 2 kali seminggu.
Sementara itu, sebuah apartmen satu bilik di Vancouver akan menelan belanja sewaan sekitar $2,100 sebulan.
Dia pergi ke Reddit untuk berkongsi pengalamannya dan menulis, ”Saya seorang komuter super di UBC dan saya tinggal di Calgary. Saya hanya ada dua hari sahaja yang saya perlu pergi ke kolej untuk kelas (Selasa dan Khamis), saya terbang ke Vancouver pada waktu pagi dan kembali ke Calgary pada waktu malam.
“Saya telah menaiki Air Canada untuk semua penerbangan ini, dan untuk Januari, saya melakukan 7 perjalanan pergi dan balik seperti ini.
“Saya dapati terdapat banyak penjimatan untuk mengelak menyewa kediaman di Vancouver. Ini kerana saya tidak perlu membayar sewa di Calgary (tinggal bersama ibu bapa saya) kecuali sekadar membayar utiliti secara santai, dan ia jauh lebih murah daripada menyewa apartment 1 bilik untuk 2k lebih di Vancouver.”
Walaupun sesetengah pengguna kagum dengan keputusannya, yang lain merasakan bahawa perjalanan udara yang kerap akan menjadi terlalu sibuk dan memakan masa.
Seorang pengguna menulis, ”Satu jam perjalanan tidaklah teruk. Tetapi perlu hadir ke lapangan terbang begitu kerap akan menyusahkan. Selain itu, jadual kamu agak tidak fleksibel, saya pasti jika terlepas penerbangan akan membuatkan kamu benar benar sakit kepala.”
Seorang lagi mengulas: ”Masalah Moden memerlukan Penyelesaian Moden!”
Netizen yang ketiga berkata: ”Bayangkan jarak perjalanan yang kerap dilakukan oleh budak ini. Dia akan menghabiskan masa di ruang istirahat [lounge] tidak lama lagi, kemudian akan naik taraf percuma ke kelas perniagaan, best gila.”
Yang keempat menambah:’ ‘Jujur benda ni boleh dilakukan. Penerbangan ini agak pantas dan tawaran yang baik untuk penerbangan akan jauh lebih murah daripada sewa, makanan dan kos lain.”
Naib Presiden Bersekutu Perumahan Pelajar dan Perkhidmatan Komuniti UBC Andrew Parr berkata beliau merasa kasihan dengan ramai pelajar terkesan dengan harga sewaan yang sangat mahal di Vancouver.
”Kami menyedari bahawa mencari penginapan sewa mampu milik di Vancouver dan Kelowna adalah satu cabaran bagi sesetengah pelajar kami, begitu juga dengan orang lain yang menyewa dalam komuniti. Di Vancouver, ia amat sukar,” Encik Parr memberitahu Daily Hive.