Pelakon Indonesia Ini Masih Hisap Susu Botol Dan Tak Suka Mandi

Pelakon sedang meningkat naik di Indonesia, Anya Geraldine mendedahkan bahawa beliau ada satu tabiat yang sangat pelik.

Di mana dia masih menyusu botol, pada usianya yang sudah 24 tahun.

Jika ada kawan kita yang suka peluk bantal busuk – tabiat yang sukar dibuang masa kecil, namun Anya ternyata another level.

Anya mendedahkan perkara itu kepada umum. Di mana dia tidak boleh tidur tanpa menyusu botol.

Anya berkongsi dengan peminatnya di Twitter gambar beliau sedang menyusu botol, di atas katil sebelum tidur.

Anya berkata: “Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej…”

Malah dia berkongsi whatsapp chat dia meminta izin mahu menyusu.

Malah di usia 24 tahun ini, pelakon cantik itu tetap minum guna botol, namun jika ibu bapanya datang ke rumah dia sudah bersedia membeli yang baru kerana pasti akan dibuang lagi.

Anya sendiri pun tidak tahu mengapa sangat sukar dia mahu membuang tabiat tu.

Siapa Anya Geraldine?

Nur Amalia Hayati atau yang memiliki nama glamor Anya Geraldine merupakan seorang model, selebgram, dan aktres.

Namanya dikenali ramai di Indonesia ketika vlog cuti bersama sang mantan, Okky Raditya, menjadi viral.

Gadis yang lahir 15 Disember 1995 ini merupakan anak sulung dari dua adik beradik.

Sejak usianya masih lima tahun, kedua orang tuanya telah berpisah.

Anya Geraldine mulai dikenal karena kontroversi vlog bersama Okky Raditya yang dimuat naik di saluran YouTube peribadinya.

Ana juga kerap berkongsi foto dengan para peminat dan pengikutnya.

Akibat ada beberapa hantarannya yang terlalu seksi Anya Geraldine pernah ditegur dan dipanggil Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI).

Anya dianggap memberikan pengaruh negatif untuk anak-anak dan remaja di Indonesia kerana popularitinya.

Sebelum menjadi seorang selebgram, perempuan berasal dari Jakarta ini pernah mengikuti sekolah Modelling di Kimmy Jayanti School.

Pada tahun 2016, Anya meraih prestasi sebagai juara pertama di pertandingan Gading Model.

Setelah putus dengan Okky Raditya, Anya kemudian menjalin cinta dengan aktor Bio One, kala itu mereka mengumumkan hubungannya melalui Instagram.

Namun, ternyata hubungan ini hanya bertahan selama empat bulan.

Anya Geraldine tidak hanya menuai hasil dari Instagram, tetapi juga memiliki bisnes ternak ikan keli / lele dan itik.

Anya bekerjasama dengan rakan rakannya.

Selain itu Anya pernah berkongsi tabiat buruk pemakanannya dan pernah mengakui dia jarang mandi.

Namun dia tetap berjaya melebarkan sayapnya ke dunia seni peran.

Anya melakukan debut dalam lakonan dalam filem Tusuk Jelangkung di Lubang Buaya (2018).

Baca yang lain