Pelakon The Penthouse Ini, Individu Terbaru Dituduh Pembuli, Segalanya Bermula Kerana Kembar Ini

Pelakon Rookie, Choi Ye Bin, yang memulakan debutnya menerusi drama popular The Penthouse, menjadi nama baharu yang keluar dituduh sebagai pembuli ketika di sekolah. Malah ada netizen yang menyindir, patutlah dia benar benar semulajadi wataknya ketika berlakon membuli rakan sekolah dalam siri popular Korea itu.

Seorang individu tampil mengakui dia adalah mangsa Choi Ye Bin.

Individu tersebut berkata: “Pada mulanya saya fikir Choi Ye Bin adalah kawan baik dan sama sekali tidak mempunyai niat buruk, jadi saya mula memperkenalkannya kepada sahabat saya. Tetapi kemudian Choi Ye Bin bersekongkol dengannya untuk menjadikan saya orang buangan.”

Individu itu menyatakan dia merasa sangat tertekan dan cuba bertahan dengan pembulian itu. Dia kemudian meminta penjelasand daripada rakan rakannya itu kenapa dia menjadi sasaran buli.

Tanpa bercakap banyak, Choi Ye Bin datang kepadanya dan berkata: “Die, you bit*c! [pergi mampos kau sundal]”.

Sejak hari itu individu itu menyatakan dia menjadi mangsa buli setiap hari terutama sekali secara mental. Dia mendengar caci maki daripada kem Ye Bin.

Namun ketika mereka memasuki gred 12, mangsa berkata, Choi Ye Bin tiba-tiba meminta maaf. Namun dia menegaskan permintaan maaf itu tak iklhas.

Angensi yang menguruskan Choi Ye Bin, iaitu Syarikat J Wide, telah menafikan sekeras kerasnya tuduhan itu.

Syarikat J Wide menjelaskan bahawa mereka telah mengesahkan bahawa khabar angin itu tidak benar dengan cuba menghubungi orang-orang terdekat Choi Ye Bin untuk meminta penjelasan.

Dan J Wide menegaskan kesemua ahli keluarga dan kenalan rapat Ye Bin masa sekolah menafikan tuduhan itu. Malah J Wide kini menyatakan akan mengambil tindakan undang undang ke atas akhbar yang sengaja merosakkan reputasi pelakon mereka.

Salah seorang rakan Ye Bin pada masa sekolah berkata: “Saya bersekolah sama dengan Ye Bin. Dia jenis pelajar yang innocent dan jauh sekali dia dapat membuli orang.”

Sebelum ini beberapa nama selebriti di Korea dikaitkan dengan kes buli ini. Ada di antara tuduhan itu dikatakan tidak berasas kerana, pergaduhan kecil semasa sekolah, misalnya perang mulut, pun dianggap buli. Hanya kerana selebriti ini adalah artis.

Hyun Jin dari Stray Kids antara yang hangat dikaitkan dengan kes buli. Dan dia digantung sementara untuk disiasat secara dalaman oleh syarikatnya. Penyanyi itu menyatakan bahawa dia mengakui dia ada mengeluarkan kata kata kesat ketika betikam lidah. Semua orang akan melakukan benda sama. Tapi dia terkejut apabila itu dikira sebagai buli.

Isu buli di sekolah menjadi panas kerana kembar Lee

Segalanya bermula apabila dua pemain bola tampar kebangsaan Korea yang merupakan saudara kembar Lee Jae-yeong dan Lee Da-yeong didapati bersalah kerana kes buli ketika mereka masih bersekolah.

Korea Selatan antara negara yang mengamalkan dasar sangat tegas kepada pelaku kes buli di sekolah. Lebih lebih lagi Da-yeong dan Jae-yeong merupakan alet kebangsaan. Ini ditambah sukan bola tampar antara sukan utama yang memiliki ramai pengikut di Korea Selatan.

Ramai terkejut dengan pasangan kembar itu. Mereka ramai peminat kerana cantik dan berbakat serta sangat ramah dengan peminat. Namun di sebaliknya kedua dua mereka merupakan pembuli.

Mangsa pertama tampil menyatakan dia dibuli kembar ini ketika di sekolah menengah. Dan lebih mengejutkan 21 lagi kes buli dikaitkan dengan kembar itu. Mangsa mangsa mereka tampil membuat pengakuan.

Mereka melakukan buli melibatkan penderaan fizikal, mengugut, mencuri wang. Dan paling teruk mengancam mangsa dengan pisau. Selepas itu 4 lagi mangsa tampil mendedahkan perkara itu.

Dan kemudian seorang lagi mangsa menyatakan dia marah dengan sikap jurulatij yang menyatakan dia tak tahu menahu akan perkara itu.

Mangsa tersebut menegaskan bahawa pihak jurulatih sebenarnya tahu akan kes itu, namun tutup mata akannya. Kerana tidak mahu nama mereka rosak.

Individu itu berkata:

“Saya sangat marah mendengar coach berkata dia tak tahu apa apa. Ramai pemain lain jadi saksi kejahatan mereka. Dan kamu masih cuba menafikannya dengan berkata tidak tahu apa apa? Nampaknya kamu ada masalah memori.”

“Saya berkongsi bilik dengan salah seorang daripada mereka. Setiap kali dia pergi mandi dia mahukan saya memastikan bahawa pakaian dan seluar dalam dia sudah tersedia – berbasuh dan kering untuk dia pakai.”

“Ada sekali, dia pergi mandi dan saya mengambil pakaiannya seperti dia arahkan. Alih alih dia kata dompet dia hilang. Mereka berdua meyumpah seranah saya. Mereka menyuruh saya berlutut depan mereka dan melaporkan kepada coach bahawa saya adalah pencuri.”

“Coach panggil semua orang keluar dan menampar pipi saya ketika dia bertanya: ‘Kamu ada ambik ke tak?’ Saya jawab tidak!”

“Coach mengugut saya, dia kata dia akan belasah saya sampai saya mengaku. Dia menampar muka saya berkali kali dalam 40 kali. Sangat sakit. Dan saya dah tak tahan lagi. Kalau saya tak mengaku, fizikal saya sudah tidak mampu menahannya. Lalu saya berbohong dan mengaku saya yang mengambilnya.”

Mangsa kemudian menyatakan, pasangan kembar itu tidak suka ibu bapa pelatih lain datang melawat. Dan mereka mahu tahu setiap apa yang dibualkan oleh pelatih dengan ibu bapa mereka.

“Kembar itu tak suka ibu bapa kami datang melawat. Bahkan ketika emak ayah saya datang melawat, saya perlu berjumpa dengan mereka untuk memberitahu perkara itu.”

“Ada sekali, saya bertemu emak ayah saya tanpa pengetahuan mereka dan mereka memukul saya dengan tuala dan penyangkut pakaian. Mereka memukul mulut saya. Oleh kerana masa tu saya pakai pendakap gigi, maka gusi saya berdarah.”

Lee Da Young  Lee Jae Young kini menjadi kebencian di Korea Selatan. Mereka sudah memohon maaf menerusi Instagram mereka. Dan menutup ruangan komen.

Mereka berdua menyatakan tidak mahu memanjangkan perkara itu lagi dan mengakui mereka bersalah dan telah membuatkan rakyat Korea Selatan kecewa dengan sikap mereka selaku atlet.

Da-yeong berkata:

“Saya Lee Da-yeong, pemain bola tampar. Saya benar-benar meminta maaf atas kekecewaan itu.”

Selain digantung dari pasukan bola tampar Korea Selatan, kembar cantik juga tidak dibenarkan untuk bermain untuk kelab bola tampar mereka, iaitu Pink Spider.

Di lapangan bola sepak, pemain sensasi Korea Selatan, Ki Sung Yueng juga antara yang dituduh melakukan buli, di tengah tengah isu panas ini.

Betapa kes pasangan kembar ini sekarang ini membuatkan Korea Selatan dah huru hara kerana isu buli ini. Ada yang mengambil kesempatan menjaja cerita sensasi kepada media.


BACA JUGA: Ki Sung Yong Dituduh Cabul Pelajar Lain Ketika Sekolah, Paksa Mereka Lakukan Perkara Tak Senonoh

Pada 24 Februari lalu, satu artikel telah mengaitkan bekas kapten pasukan kebangsaan Korea Selatan, Ki Sung Yueng / Ki Sung Yong – dengan kes cabul dan serangan seksual ketika di sekolah rendah.

Di mana ada dua mangsa telah tampil membuat pengakuan pada Rabu. C2 Global, agensi yang mengendalikan Ki Sung Yueng menafikan tuduhan tersebut dan mereka tidak mengerti bagaimana mangsa boleh mengaitkan Ki dalam kes berakitan.

Agensi tersebut turut mendedahkan bahawa klien mereka akan mengambil tindakan mahkamah ke atas fitnah yang ditabur kepadanya.

Ki kini bermain untuk pasukan Liga Korea – FC Seoul, sangat kecewa dengan tuduhan ke atasnya. Agensi beliau juga menyatakan, status Ki sebagai bintang global dan berkahwin dengan pelakon terkenal, Han Hye Jin membuatkan media serta merta menulis dan menghangatkan isu itu tanpa usul periksa.

Pada awal hari Rabu, Park Ji-hun, peguam dari firma Hyun Law yang berpusat di Seoul, mengeluarkan siaran akhbar yang memperincikan tuduhan yang dikemukakan oleh dua kliennya.

Kedua-duanya seyahun tahun lebih muda daripada pemain yang dituduh, yang, menurut Park, adalah “pemain bintang yang baru-baru ini bergabung dengan sebuah kelab di wilayah Seoul yang lebih besar.”

Gambaran itu, bersama dengan fakta bahawa pemain yang terlibat bersekolah di sekolah dasar di Provinsi Jeolla Selatan dan dua orang yang didakwa pelaku kepada salah laku seksual itu berada di darjah enam pada tahun 2000. Maklumat itu dengan jelas berkait rapat dengan Ki.

Ki, 32, bergabung semula dengan FC Seoul pada Julai lalu setelah menghabiskan lebih dari satu dekad bermain di luar negara.

Menurut Park, pemain bintang yang tidak disebutkan namanya dan rakan sepasukannya memaksa kedua-dua mangsa yang dikatakan melakukan perbuatan seksual terhadap mereka antara Januari dan Jun pada tahun 2000.

Dan ketika mangsa menolak,  kedua-dua pemain yang lebih tua itu “memukul mereka tanpa belas,” kata Park.

Semua pemain bola sepak sekolah diharuskan tinggal di asrama pasukan dan hanya dibenarkan pulang pada hujung minggu, kata Park lagi.

Mangsa mendakwa mereka dipaksa  menyentuh dan memegang kemaluan senior mereka dan melakukan perkara tak senonoh termasuk seks oral.

Salah  seorang daripada pemain yang menjadi pembuli seksual itu dikatakan anak kepada seorang yang berpengaruh.

“Kedua pemain yang lebih muda menjadi mangsa pelaku ini kerana mereka kecil dan mereka introvert,” kata peguam itu.

“Kira-kira 20 tahun selepas itu, mereka masih ingat tentang apa yang terjadi ketika itu, dan mereka masih trauma dengan kenangan itu.”

Menurut peguam itu, pelaku kedua dinyatakan memiliki kerjaya bola sepak profesional yang singkat dan kini mengajar di universiti wilayah Gwangju sebagai profesor tambahan.

Salah seorang mangsa yang tampil membuat pengakuan  – telah bermain selama lapan musim profesional sebelum bersara beberapa tahun lalu, dan yang seorang lagi bekerja sebagai ejen, tambah Park.

“Yang paling mustahak, mangsa mangsa ini menginginkan permintaan maaf yang ikhlas,” kata Park.

“Sakit yang ditimpa mereka telah memberi kesan serius pada kehidupan mereka.”

Park mengakui bahawa akan menjadi sangat sukar untuk menyelesaikan kes ini melalui tuntutan jenayah, kerana kedua-dua pelaku yang diduga itu adalah anak di bawah umur ketika insiden yang diduga berlaku. Dan di Korea adalah peraturan batasan tempoh daripada kes tersebut berlaku, sudah berakhir.

Tetapi peguam itu mengatakan bahawa dia masih memutuskan untuk membuat tuduhan tersebut kerana kedua-dua kliennya membuat tuntutan yang sangat spesifik, sehingga mereka dapat mengingat tarikh yang tepat ketika mereka diminta untuk melakukan perbuatan seksual.

Ki membuat kenyataan di media sosial berkata:

This is Ki Sung Yong. I think there is no need for long words. The articles that have been in the news, have no relation to me at all. In summary, I have committed no such matter. I can tell you this while swearing on my soccer career. I have decided to deal with this matter strictly, for the sake of my family.

I will be dealing legally with all the malicious comments as well that did not verify the truth before posting. I have come to this far due to my passion for the sport. I personally thought that this matter would not become a problem because it is not true, but I realized that it could endanger not only my soccer career but also my family’s lives. I will not sit back and I will deal with this actively.

— Ki Sung Yong


Ki Sung Yong di sini. Rasanya tak perlu nak cakap panjang lebar. Artikel yang berlegar dalam berita, tiada kaitan langsung dengan saya sama sekali. Sebagai rumusan, saya tidak terlibat melakukan kesalahan seperti itu. Saya boleh menyatakan bahawa saya mengatakannya dengan bersumpah atas karier bola sepak saya. Saya memutuskan untuk berhadapan dengan masalah ini dengan tegas, demi nama keluarga saya.

Saya akan berurusan secara perundangan ke atsa kesemua komen jelik juga yang ditulis tanpa mengetahui kebenaran. Saya sudah pergi sejauh ini dalam karier kerana cinta saya kepada sukan ini. Secara peribadi saya awalnya berpendapat, isu ini bukan satu masalah kerana ianya tidak benar,  namun saya mulai menyedari ianya mampu merosakkan, bukan setakat karier bola sepak saya, tetapi nyawa keluarga saya. Saya tak akan duduk bediam diri. Dan saya akan berdepan dengan perkara ni denga aktif.”

– Ki Sung Yong

Tuduhan ini muncul di tengah-tengah negara Korea sedang heboh membangkitkan tuduhan buli terhadap pemain bola tampar dan besbol profesional di negara ini.

Awal bulan ini, empat pemain bola tampar, termasuk saudara kembar popular, Lee Jae-yeong dan Lee Da-yeong, digantung selama-lamanya oleh kelab Liga-V mereka setelah mengakui tuduhan bahawa mereka telah membuli rakan sepasukan di sekolah menengah dan sekolah menengah.

Bukan itu sahaja, beberapa artis Kpop juga dituduh melakukan pembulian ketika mereka masih bersekolah.

Baca yang lain