Pelancaran Motorola Razr Ditangguhkan Kerana Permintaan Terlalu Tinggi

Motorola mengumumkan mereka terpaksa menangguhkan pelancaran untuk telefon pintar Motorola Razr yang merupakan reboot kepada keluaran legenda Razr.

Tetapi kali ini telefon lipat itu dipacu oleh Android.

Ini kerana ianya telah mendapat sambutan terlalu luar biasa daripada korang semua.

Sebelum ini Motorola sudah memperkenalkan secara rasmi Motorola Razr dalam satu majlis bersama media.

Motrola sebelum ini sudah menyatakan bahawa para peminat Motorola Razr boleh mulai pra tempah pada 26 Disember 2019 dan jualan di kedai pula bermula pada 9 Januari 2020.

Namun Motorola tidak dapat memenuhi permintaan yang luar biasa itu.

Motrola dalam kenyataannya berkata: “Sejak pegumuman pada November lalu, Motorola Razr telah menarik keterujaan yang tinggi serta permintaan yang luar biasa daripada pengguna.”

“Permintaan sangat tinggi, kesannya, ia telah membuatkan jangkaan daripada pengeluar melebih ekspektasi, pada kadar yang sangat cepat.”

“Motorola telah memutuskan untuk menganjakkan lagi pra jualan dan juga tarikh pelancaran yang sesuai untuk memenuhi permintaan pengguna.”

Motrola buat masa ini masih belum mengumumkan tarikh baharu itu. Namun mereka berjanji bahawa tarikh itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini Samsung Galaxy Fold melakukan perkara yang sama iaitu menangguhkan pelancarannya. Tetapi Samsung berbuat demikian kerana masalah hardware.

Ada juga mendakwa  Motorola mungkin berhadapan masalah serupa cuma saja nak cover line. Ini selepas mereka menyindir Samsung sebelum ini dengan memberikan jaminan  telefon lipat mereka tidak akan pernah ada masalah selepas dijual.

Malah Razr memberikan jaminan, pengguna tidak perlu takut atau was was menggunakan telefon lipat itu. Apa gunanya was was melipatnya laju laju jika harga telefon pintar anda itu mahal.

Berikut adalah spesifikasi New Razr:

Snapdragon 710 processor
6GB RAM
128GB internal storage
6.2-inch foldable pOLED display (2142 x 876)
2.7-inch Quick View display (800 x 600)
16MP front-facing camera, f/1.7 with Night Vision mode
5MP internal camera
USB-C
eSIM
Android 9 Pie
Fingerprint reader
Bateri 2,510 mAh

Telefon ni kalau dibuka lipatan akan macam fon biasa yang lain. Ianya bersaiz 6.2 inci pada paparan dengan 21:9 panel plastik OLED.

Akron dia ada notch kat atas untuk menempatkan speaker dan kamera. Ada curve edge dekat rekaan di bahagian bawah.

Untuk paparan skrin kedua, kalau korang lipat, skrin tu bersaiz 2.7 inci – OLED display. Ini untuk Quick View display serta memaparkan notifikasi. Tu pun kalau korang tak mute WhatsApp setaun.

Tengok bawah ni. Amacam?

Motorola dalam kenyataan mereka kepada The Verge menyatakan mereka sangat sangat yakin tidak akan ada masalah kelasakan pada skrin yang lipat lipat ni. Ini selepas Samsung Galaxy Fold mendapat maklumbalas yang sangat kritikal.

Jurucakap Motorola memberikan jaminan para pembeli tidak akan berhadapan dengan masalah ada serpihan skrin dan sebagainya.

“Kami tak akan jual produk untuk memberitahu pengguna, sila berhati hati ketika menggunakan telefon ini,” jelas jurucakap Motorola.

Jadi, korang macamana? Sudah teruja dengan New Razr?

RM6,000 untuk Spek mid-range tapi rekaan Power. Dan bateri cuma 2,510 mAh nak tampung 2 display?