Kerajaan baru sahaja mengumumkan pengecualian visa khas, lawatan 15 hari.
Polisi itu akan berkuatkuasa selama setahun kepada pelancong dari China dan India, bermula 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2020.
Para pelancong tersebut perlulah melawat tidak lebih 15 hari tanpa tempoh lanjutan.
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pelancong dari China dan India perlulah berdaftar dalam sistem dan maklumat perjalanan elektronik disediakan Imigresen.
Ianya adalah seperti yang tertakluk mengikut subseksyen 2(1) Akta Pasport 1966.
Tun Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa;Pelancong perlu melakukan perjalanan ke Malaysia dalam tempoh tiga bulan selepas berdaftar dalam sistem pendaftaran dan maklumat perjalanan elektronik itu nanti.
Tun M berkata: “Pelancong tidak dibenarkan untuk memohon apa-apa pas lain di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.”
“Selain itu, mereka perlu mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke India dan China atau mana-mana negara, jika melakukan perjalanan melalui udara.”
“Pelancong hendaklah memasuki dan keluar dari Malaysia hanya melalui lapangan terbang dibenarkan seperti diwartakan di bawah subseksyen 5(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) atau melalui pos kawalan imigresen ditetapkan.”
15 day online visa for India & China tourist to Malaysia. Come visit Malaysia.#vmy2020 https://t.co/v2RhxsAGjs
— NITESH MALANI (@niteshmalani) December 28, 2019
Pos kawalan tersebut adalah terletak di tempat berikut:
- Bangunan Sultan Iskandar, Stesen Keretapi Johor Bahru
- Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar di Tanjung Kupang, Johor
- Padang Besar, Perlis
- Bukit Kayu Hitam, Kedah
- Sungai Tujoh dan D22A Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Batu Danau Limbang, Bahagian Kelima, Sarawak.
Selain itu, Tun M juga mengingatkan para pelancong China dan India tersebut haruslah mengemukakan bukti mempunyai wang poket mencukupi, kad kredit atau kad bank dan jadual perjalanannya di Malaysia, ketika ketibaan.
“Pelancong dibenarkan untuk mendaftar semula seperti subperenggan (a) untuk memasuki Malaysia selepas tempoh 45 hari dari tarikh meninggalkan Malaysia,” katanya lagi.