Pelari Remaja Britain Ini Terlalu Angkuh Dan Yakin, Akhirnya Tersingkir

Pelaro remaja Britain, Jake Odey-Jordan telah menunjukkan salah satu aksi bodoh sombong yang memakan diri dalam Kejohanan Olahraga Eropah Bawah 18 di Banska Bystrica, Slovakia.

Pada hari Jumaat bintang muda itu berbaris di lorong enam untuk saringan 4 dalam 200m dan meledak dengan pecutan permulaan yang laju dari blok permulaan untuk meninggalkan perserta lain.

Namun dia telah memutuskan untuk menyimpan tenaganya pada kira kira 50 meter terakhir. Dan dia mejangkakan tidak akan ada pelari lain mampu memintasnya.

Odey-Jordan mendahului dengan kira-kira 120m berbaki dan berada di hadapan dengan baik ketika dia di hadapan.

Perlumbaan itu dilihat agak berat sebelah memihak kepada Odey-Jordan yang memiliki fizikal jauh lebih baik berbanding peserta lain. Tetapi kemudian dia melakukan perkara yang dianggap tidak masuk akal sama sekali.

Dengan jarak kurang daripada 50 meter dalam perlumbaan, Odey-Jordan memperlahankan lariannya menjadi sangat santai. Seolah olah dia tiadk berminat untuk berlari laju lagi kerana yakin dia akan menang.

Ada juga yang menganggap dia cuba menjadi Usain Bolt. Di mana Bolt seringkali meredakan tempo lariannya pada beberapa meter terakhir untuk ‘jaga’ kaki bagi pusingan berikutnya.

Bezanya, Bolt melakukannya kerana alasan kecergasan bukannya ego semata mata.

Tetapi ketika dia menoleh sedikit ke belakang ada 3 pelari lain yang sedang berada dalam momentum terbaik dah sedang melepasinya. Dia sudah tidak dapat berbuat apa apa kerana momentum lariannya sudah hilang.

Dia mungkin memikirkan dia akan mendapat sekurang kurangnya tangga ketiga ketika dia tahu dia dah melakukan kesilapan. Dan sebenarnya tidak. Dia telah berada di tangga kelima.

Ini adalah keputusan tidak rasmi, sebelum dikemaskini. European Athletic mengesahkan Odey Jordan berada di tangga kelima selelasp penilaian Photo Finish.

Ramai yang mempersoalkan tindakan terlalu yakin Jordan. Ada juga mempersoalkan adakah dia ada mengalami kekejangan? Sehingga dia berbuat begitu.

Ternyata Odey-Jordan benar benar memutuskan untuk memperlahankan lariannya kerana terlalu yakin dia akan menang. Dia berkata: “Tak apalah. Maksud saya, ia adalah salah saya, jadi saya tidak boleh bersedih tentang apa-apa selain diri saya sendiri.

“Benda dah berlakau. Ok je rasanya. Ia bukan larian terpantas, tetapi ia larian yang baik bukan,” kata Odey-Jordan merujuk kepada lariannya pada kira kira 120 meter pertama yang sangat laju.

Dia menambah: “Semuanya ok sahaja. Saya baru di sini, ia adalah perlumbaan pertama saya pada pertemuan ini. Saya hanya cuba untuk melatih kaki saya.”

Insiden pelik itu segera mendapat reaksi ramai orang. Wartawan tenis Jose Morgado menulis di X: “Omg apa yang baru saya tonton.”

European Athletic menulis: “Satu pelajaran berharga yang dipelajari. Jangan bersantai terlalu awal.”

Seorang pengguna menulis: “Ini sangat teruk. Akan membayar wang yang baik untuk mendengar apa yang dikatakan jurulatihnya kepadanya selepas itu.”

Pundit bola Stan Collymore menulis: “Seorang anak muda yang kini mendapat pengajaran berguna untuk tidak melakukannya lagi di tempat pertarungannya, berusia 16 tahun! Mungkin dia menonton video Bolt meredakan lariannya, tanpa mereka sedari, Bolt masih melakukan 6000 batu sejam ketika berjoging.”

Sebenarnya Odey Jordan memang sudah ada simptom superstar dalam dirinya. Satu video sebelum ini menunjukkan dia ‘shushh’ ke arah peminat ketika dia memperlahankan larian di garisan penamat.

Dan ketika itu sudah ada mengur gaya angkuh pelari remaja itu.