Pelawak Legenda Ken Shimura Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Boleh dikatakan seluruh dunia mengenali sosok pelawan dari Jepun yang bernama Ken Shimura ini.

Ken Shimura telah dikejarkan ke Hospital selepas beliau didapati memiliki tanda gejala Covid-19.

Beliau kemudiannya menerima rawatan di hospital selepas disahkan positive Covid-19.

Semalam, 29/03/2020 beliau telah disahkan meninggal dunia akibat dari serangan wabak Covid-19 ini.

Mendiang merupakan bintang terkenal Jepun pertama yang terkorban gara-gara serangan wabak Covid-19 itu.

Kematiannya pada hari ahad telah disempurnakan oleh pihak Hospital dan pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga dan para peminatnya.

Shimura yang kini usianya sudah 70 tahun merupakan seorang komedian terkenal di Jepun bahkan seluruh dunia.

Beliau memulakan kerjaya pada era 70an dan masih lagi menghiburkan para peminatnya sehingga tahun 2020 ini.

Pada tahun 2016, beliau didiagnos menghidapi cancer. Dan beliau meneruskan rawatan seperti biasa selepas dari itu.

Pada 19 Mac lalu, beliau menghidapi demam panas dan mengalami masalah gangguan pernafasan dan menerima rawatan di sebuah hospital di Jepun.

https://twitter.com/FunnymanPage/status/1243434782131982337?s=19

Beliau mendominasi rancangan komedi television pada tahun 70an dan 80an, clueless Feudal lord antara yang paling terkenal pernah dilakonkan olehnya.

Para peminat menzahirkan kesedihan atas pemergiannya di media sosial dan turut menyerus masyarakat agar bersama melawan virus Covid-19 ini.

Mereka mengingatkan masyarakat bahayanya virus ini sehingga boleh mengakibatkan kematian.

“Sungguh menyedihkan, sangat sukar untuk saya meluahkan ini, saya harap kematiannya menjadi pengajaran kepada rakyat Japan, kepada mereka yang masih tidak menganggap Covid-19 adalah isu yang serius.”

“Semoga mereka semua sedar dan ubah pemikiran teruk mereka itu.”

Antara status yang dimuat naik oleh para peminat di laman Twitter.

Dunia kini kehilangan permata lawak yang sering menghiburkan ini. Lawaknya sangat dekat dengan masyarakat dan sungguh menghiburkan.

Dengan usia sebegitu beliau masih lagi mampu untuk menghiburkan masyarakat dan akhirnya beliau terkorban juga.

Semoga keluarga, rakan-rakan, dan para peminatnya kuat dan tabah menerima khabar duka ini.

Jepun sehingga Ahad telah mencatatkan 68 kes baru di bandar Tokyo sahaja. Dan bandar Tokyo mencatatkan peningkatan setiap hari kini untuk kes baru Covid-19.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.