Legenda bola sepak Brazil, dan pemain yang dianggap terbaik sepanjang zaman, Pele telah menyertai perdebatan di antara Cristiano Ronaldo vs Lionel Messi.
Legenda Pele percaya bahawa penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo adalah lebih baik daripada bintang Barcelona, Lionel Messi.
Dua pemain tersebut merupakan pemain yang sukar ditandingi dalam era mereka. Kedua-duanya memiliki rekod yang luar biasa di atas padang.
Malah perseteruan di antar Lionel Messi vs Cristiano Ronaldo dianggap perseteruan paling hebat dalam sejarah bola sepak, dan antara yang teragung dalam sejarah sukan dunia.
Pele ada alasan tersendiri untuk memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang lebih baik menurut pandangan beliau.
Pele merasakan Cristiano Ronaldo adalah lebih baik daripada Messi kerana kapten kebangsaan Portugal itu lebih konsisten berbanding dengan seterunya itu.
Pele: Cristiano Ronaldo lebih konsisten
Pele berpendapat kedua duanya sangat hebat dan sengit. Namun untuk meleraikan siapa yang lebih baik, konsistensi adalah kunci yang memihak kepada Cristiano Ronaldo.
Bercakap kepada Daily Mail, bekas pemenang Piala Dunia itu berkata: “Pemain terbaik di dunia pada hari ini ialah Cristiano Ronaldo.”
“Saya rasa dia terbaik kerana lebih konsisten, namun kamu tak boleh lupa kepada Lionel Messi, dah tentu dia bukannya penyerang [no.9 tulen].”
“Persoalan ini sangat sukar untuk dijawab,” tegas Pele.
“Namun kita semua jangan lupa, ada beberapa lagi pemain lain yang terbaik [sepanjang zaman] seperti Zico, Ronaldinho dan Ronaldo [R9].”
“Kalau di Eropah adanya nama-nama seperti Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff.”
“Namun jangan salahkan saya, kalau saya berkata, Pele adalah yang terbaik di antara semua.”
Itulah pandangan daripada Pele. Korang setuju tak? Rasanya masing-masing ada pandangan tersendiri tentang Messi vs Ronaldo ini.
Perdebatan ini memang masih berlarutan sehingga kini. Bukti kedua dua pemain ini masih berada di peringkat tertinggi di dalam karier mereka.
Pele on "Who is the best player in the world, #Messi or #Ronaldo?"(4 days ago):
🗣"Today I think Cristiano Ronaldo is the best player in the world, because he has been the most consistent for over 10 years." 👏🏻👏🏻
Game recognises game.🔥🔥👌🏻👌🏻 pic.twitter.com/lUdoFmpfss
— B3 (@b3naldo7) March 22, 2020
Di antara kedua-duanya ada 11 Ballon d’Or — 6 milik Messi dan 5 milik Cristiano Ronaldo.
Pele baru sahaja cergas selepas pembedahannya baru baru ini. Anaknya, Edinho menyatakan beliau agak malu kerana tidak dapat menemani ayahnya ketika sakit.
Namun Pele cepat cepat berkata, anaknya itu tak perlu risau kerana dia baik baik sahaja.Anaknya juga risau dengan kondisi ayahnya yang ada tanda tanda depresi.
Namun Pele berkata: “Benda depresi ni, kalau tak silap saya, berlaku dua tahun lalu, di mana saya merasa sakit, kemudian menjalani pembedahan femur.”
“Apabila saya melakukan latihan atau terlibat dalam iklan, saya terpaksa berhenti segera.”
“Ramai mereka mulai bimbang dengan keadaan saya. Saya hargainya. Dan kemudian mereka menggunakan perkataan depressed.”
“Saya datang ke sini dengan tongkat, namun puji kepada Tuhan, saya sekarang cuma tak boleh naik motosikal sahaja.”
Pele menyatakan beliau sentiasa cuba untuk memenuhi jemputan untuk temu ramah ataupun program berkaitan bola sepak walaupun baru cergas.