Pele Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

Dianggap oleh ramai sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele disahkan meninggal dunia pada usia 82 tahun di Sao Paulo.

Pelet telah dipindahkan ke unit penjagaan rapi awal bulan Disember selepas badannya berhenti bertindak balas terhadap rawatan kanser.

Sebelum Hari Krismas, keluarganya telah berada di hospital untuk berada di sisinya di Hospital Albert Einstein di Sao Paulo.

Kematiannya disahkan oleh anak perempuannya pada hari Jumaat.

Pele dianggap oleh kebanyakan sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak, meninggalkan legasi yang tidak dapat dihapuskan selepas kerjaya yang berlangsung selama 21 tahun.

Dia memainkan sebahagian besar karier kelabnya di Santos, yang mana dia menjaringkan 643 gol dalam 659 perlawanan dalam tempoh 18 tahun.

Pele juga pernah mewakili New York Cosmos antara 1975 dan 1977.

Tetapi impaknya untuk Brazil yang benar-benar mengukuhkan statusnya sebagai ikon sukan dan bola sepak yang hebat sepanjang zaman.

Dia membantu Selecao untuk kejayaan Piala Dunia FIFA pada tahun 1958, 1962 dan 1970. Menjadikan tiada pemain dalam sejarah kejohanan itu memenanginya lebih daripada dia.

Kemenangan pertama Pele di Piala Dunia FIFA pada tahun 1958 berlaku ketika dia baru berusia 17 tahun 249 hari, menjadikannya pemain termuda pernah memenanginya.

Dia menjadi penjaring paling muda pernah menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA.

Itu adalah satu daripada 77 gol di peringkat antarabangsa, jumlah yang masih belum dapat diatasi oleh Neymar selepas kempen Piala Dunia 2022 lalu.

Selepas persaraannya, Pele banyak menggunakan nama dan pengaruhnya kepada banyak inisiatif amal dan akan diingati sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Dia juga banyak memberikan taklimat tentang bola sepak di seluruh dunia. Pele juga menjadi wira yang banyak menentang rasisme ke atas golongan kulit hitam.

Perjuangannya memberikan kesan yang mendalam kepada komuniti kulit hitam di seluruh dunia. Pele seringkali digelar King of Football oleh ramai pihak.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di