Pelik Tapi Benar, Correa Meraikan Golnya Selepas Beberapa Minit Di Bangku Simpanan

Angel Correa berjaya memastikan Atletico mendahului dalam pertembungan derby tetapi Enes Unal secara klinikal menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan untuk pelawat yang sedang berjuang untuk penyingkiran.

Pasukan Simeone mendominasi separuh masa pertama tetapi gagal mencipta banyak peluang jelas.

Bagaimanapun, mereka di hadapan pada sejam aksi apabila Correa merembat masuk selepas rembatan Thomas Lemar berjaya diselamatkan.

Gol itu pada mulanya dianggap ofsaid tetapi diberikan selepas memeriksa VAR, yang pada masa itu Correa telah pun digantikan.

Correa kelihatan agak sugul awalnya dan sedih kerana dia merasakan bahawa dia berhak mendapat gol itu.

Kemudian, ianya berubah, kerana berlaku kejadian yang hanya berlaku pada era VAR.

Kejadian yang dianggap Correa sebagai aneh benar benar unik. Di mana Correa meraikan golnya sebagai pemain gantian.

Ketika dia sudah memakai kot besar di bahagian tepi padang. Semuanya kerana VAR mengesahkan gol itu bersih.

Saksikan detik itu di sini:

“Permainan untuk gol itu agak pelik,” kata Correa kepada DAZN.

“Mereka fikir ia ofsaid, ada keraguan mengenainya, kemudian Cholo melakukan perubahan dan akhirnya ia adalah gol, ia agak pelik.”

Correa juga berkata dia berpendapat pasukannya layak menerima penalti apabila pemain Getafe, Djene Dakonam kelihatan menarik Alvaro Morata di dalam kotak penalti pada separuh masa pertama.

“Saya fikir ia adalah penalti yang jelas ke atas Alvaro dan kad kuning kedua untuk pemain pertahanan itu,” tambah Correa.

“Tetapi ia sentiasa sama untuk kami. Kami tidak mahu mereka menghadiahkan apa-apa kepada kami, cuma berlaku adil, kerana ia adalah penalti yang jelas.”

Kegembiraan Atletico tidak bertahan lama, dengan Unal melepaskan tendangan penalti pada minit ke-83 selepas bola terkena tangan Saul.

Keputusan seri 1-1 meletakkan Atletico kekal di tempat keempat tetapi terlepas peluang untuk mendekati Real Sociedad di tangga ketiga, empat mata di atas Rojiblancos dengan satu perlawanan dalam tangan.

Getafe berada di tempat ke-19 dengan 18 mata, dua mata di bawah zon selamat.