Pellegrini Letakkan KPI Bolos Tak Lebih Dari 40 Untuk Musim 2022/23

Pengurus berasal dari Chile, Manuel Pellegrini mahukan Betis untuk musim akan datang mengurangkan bolos mereka kepada bawah 40 gol.

Angka 40 bolos tersebut dicatatkan pada musim 2021/22. Jadi Pellegrini meletakkan KPI baharu bahawa pasukannya harus mengurangkan lagi kebocoran itu.

Luiz Felipe, antara nama yang akan menguatkan barisan pertahanan mereka bersama dengan Marc Bartra, Pezzella dan Víctor Ruiz.

Luiz Felipe menjadi sasaran utam Pellegrini, dan pemain itu adalah ejen bebas sebaik sahaja dia memutuskan tidak melanjutkan kontrak dengan Lazio.

Manuel Pellegrini, menyatakan bahawa buat masa ini dia masih lagi menikmati cuti pendeknya. Tetapi itu bukan bermakna dia tidak memantau perkembangan persiapan pasukannya.

Real Betis sedang dalam persiapan rapi untuk musim baharu.

Dia berharap pasukannya akan meneruskan kemajuan yang mereka lakukan pada musim ini. Di mana Betis benar benar menunjukkan prestasi yang sangat memuaskan.

Mereka menamatkan saingan liga di 5 teratas. Berjaya memastikan mereka bertanding dalam pertandingan kasta kedua dalam pertandingan kelab Eropah iaitu Europa League.

Sejak dia tiba di Heliopolis, Manuel Pellergini berjaya memperbaiki rekod gol bolos. Dan dia mahukan aspek bolos terlebih dahulu untuk mereka perbaiki.

Ini kerana Pellegrini mendapati bahawa pasukan Betis memiliki purata gol yang agak baik setiap musim. Tetapi kerapa kehilangan mata penuh kerana bolos.

Sebenarnya, mereka bukanlah pasukan yang teruk sangat untuk bolos 40 gol semusim. Mereka malah mencatatkan rekod bolos lebih rendah daripada Atletico Madrid yang berada di tangga ketiga.

“Ia adalah faktor yang sangat penting. Statistik menunjukkan bahawa sebelum ini kami mempunyai purata bolos 60 gol setiap musim dan itu membuatkan kami sukar untuk mendapatkan mata.”

“Bahagian pertahanan adalah kerja yang harus diselaraskan. Pemain semua terlibat dalam memenagi semula bola dan kurangkan daripada hilang bola. Namun mujurlah terdapat peningkatan yang agak besar di bahagian pertahanan.”

“Pasukan yang ingin menjadi juara mesti bolos di bawah 30 gol. Kami sudah berjaya berada di bawah 60, kemudian 40 dan semoga musim depan kami akan terus menurunkan lagi angka bolos itu.” kata Pellegrini.

Betis melepaskan 60 bolos pada musim 2019/20, dan sudah bersama pemain Chile itu mereka bolos 50 gol pada 2020-/21 dan bolos 40 gol pada 2021/22.

Sumber: Diario De Sevilla

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.