Malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya pada 31 Ogos.
Walaupun tahun ni sambutan dengan penjarakan sosial, ia bukan alasan untuk tidak meraikan semangat kemerdekaan dengan cara tersendiri.
Seorang wanita Malaysia yang merupakan pelukis / artist telah menghasilkan lukisan perdana menteri pertama yang digelar bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.
Ia kedengaran biasa kan? Tapi yang luar biasa, gadis tersebut telah menghasilkan lukisannya dengan capan menggunakan ibu jarinya.
“Saya merasakan seni cap jari adalah ikonik dan tidak ada gantinya” kata Ng kepada Mashable Asia Tenggara.
Pelukis berusia 28 tahun yang juga pengasas Galeri Niuniu. Beliau mengatakan bahawa dia telah meneliti bentuk seni lain di Google sebelum akhirnya memutuskan untuk menggunakan seni cap jari.
Ng menambah bahawa tajuk karya seninya itu dengan nama ‘Hargai Keharmonian’.
“Saya memilih kaedah cap jari untuk memberikan penghormatan kepada sumbangan Tunku kepada negara. Seni ini melambangkan keamanan dan keharmonian di Malaysia.”
Potret Tunku, berukuran 180cm panjang dan 126cm lebar, adalah satu-satunya kepingan berwarna.
Ng juga mencipta dua lukisan lain iaitu mendiang Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan yang turut berperanan penting dalam mencapai kemerdekaan untuk Malaysia.
Ketiga-tiga tokoh tersebut pergi ke London untuk meyakinkan British untuk membenarkan Tanah Melayu menjadi sebuah negara merdeka.
Jadi warna yang digunakan pada karya seni Tunku melambangkan tiga kaum utama yang membentuk demografi Malaysia: Melayu, Cina, dan India.
Bagi Ng, potretnya mewakili perpaduan dan pentingnya rakyat Malaysia untuk terus bersatu padu sebagai sebuah negara. Setiap potret dibuat daripada sembilan kanvas.
Ng telah mengajukan permohonan untuk ketiga-tiga karya seni itu dipamerkan di Galeri Seni Nasional Malaysia, kerana dia merasa ia akan memberikan penghormatan patriotik yang selayaknya, terutama sekali pada bulan kemerdekaan ini.
“Tetapi jika ada rakyat Malaysia yang berminat ingin membawa pulang karya seni ini, saya menjual karya seni Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan dengan harga RM6,666 (US $ 1,597) dan karya Tunku Abdul Rahman dengan harga RM8,888 (US $ 2,129) . ”
Sekiranya anda berminat, anda boleh menghubungi Ng secara langsung di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by 牛牛畫廊 Niuniu's gallery🖌️ (@niuniusgallery) on
Selain daripada potret Bapa Kemerdekaan, Niu Niu Gallery juga pernah menghasilkan karya penghargaan kepada Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham sebagai tanda terima kasih.
View this post on InstagramA post shared by 牛牛畫廊 Niuniu's gallery🖌️ (@niuniusgallery) on
Selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sumber: Mashable