Pemain Amerika Syarikat Akui Pertama Kali Berlatih 2 Jam

Pemain veteran Amerika Syarikat, Tim Ream akui latihan 2 jam bersama Pochettino pada sesi pertama dengan pengurus itu adalah yang paling panjang dalam kariernya.

Pochettino memulakan tugasan sebagai pengurus AS secara rasmi pada minggu antarabangsa kali iini. Dan dia akan membimbing AS menentang Panama di Texas pada Sabtu sebelum menentang Mexico pada Selasa di Gudalajara,

Pochettino dilaporkan sudah memberitahu pemain pemain AS bahawa dia akan mengendalikan latihan yang sangat intensif memandangkan hanya ada baki 9 minggu aksi antarabangsa sahaja lagi sebelum Piala Dunia 2026 bermula.

Tim Ream yang debut pada 2010 di bawah kendalian Bob Bradley menyatakan bahawa dia tidak pernah menjalani sesi latihan 2 jam yang terasa sangat panjang.

Sebelum ini kalau ada sesi latihan tidak ada sampai 2 jam. Sudahlah berlatih 2 jam, ditambah pula dengan latihan yang sangat intensif di bawah Pochettino.

“Kem pasukan kami baik baik sahaja. Ianya minggu yang sangat intensif di padang latihan,” tegas pemain itu dalam satu siri podcast.

Pemain itu kemudian mengakhiri ulasannya dengan berkata: “Coach seorang yang ramah dan senang didekati. Namun pada masa yang sama sangat tegas dan menuntut banyak daripada kamu.”

Komen Ream itu hampir sama dengan komen Antonee Robinson sebelum ini yang menyatakan bahawa bahawa latihan di bawah Pochettino jauh lebih keras berbanding di bawah kendalian Gregg Berhalter.

Peminat AS mengingatkan pemain pemain mereka agar tidak buat perangai macam sebelum ini. Di mana pemain pemain mereka seringkali tidak sehaluan dengan pengurus sendiri.