‘Pemain Arab Saudi Gemuk Dan Hari Hari Makan Mekdi’

Adil Rami membidas Cristiano Ronaldo yang memuji Liga Pro Saudi sebagai lebih bagus daripada Liga Perancis.

Dalam kenyataan terbuka Ronaldo pada majlis Dubai Glove Soccer Award, pemain Al Nasr itu berkata: “Liga Saudi lebih bagus daripada Ligue 1.

“Cuba suruh mereka [pemain Ligue 1] berlari pada suhu 38,39,40 darjah celcius.

Di Perancis cuma ada PSG sahaja yang kuat sedangkan pasukan lain dah tiada apa.

“Di sini persaingan jauh lebih sengit antara pasukan bersaing,” tegas pemain itu lagi.

Adil Rami yang pernah bermain di Liga Pro Saudi membidas Ronaldo. Menurut Adil Rami pemain pemain Liga Pro Saudi ramai yang tak fit. Kerana mereka ada masalah berat badan akibat tak jaga pemakanan.

Rami melabel pemain pemain Liga Pro Saudi makan McDonald’s setiap hari.

“CR7, kita semua sukakan dia namun tidak bermakna, dia memiliki karier luar biasa membuatkan setiap apa yang dia katakan itu tak semestinya benar.

“Pemain pemain di Arab Saudi gemuk gemuk. Mereka makan McDonald’s setiap hari. Datang ke Perancis dengan barat badan macam tu dan tengoklah sendiri berapa lama kamu boleh tahan.

“Ronaldo kalau kamu letak di di Ligue 1 sekarang, dia akan kena makan dengan pemain di sini.

“Kamu semua tak tahu tahap sebenar Liga Perancis ni macamana.”