Pemain Argentina Ini Membuat Debut Pada Usia 14 Tahun 29 Hari

Mateo Apolonio dari Deportiov Riestra telah menjadi pemain paling muda melakukan debut profesional di Liga Argentina. Dia memecahkan rekod yang dipegang oleh Hugo Aicardi ketika melakukan debut bersama Racing pada usia 14 tahun 353 hari pada tahun 1975.

Pada era moden, rekod paling muda dipegang oleh legenda Man City, Sergio Kun Aguero ketika membuat debut untuk Independente pada usia 15 tahun 35 hari pada Julai 2003.

Seorang lagi legenda yang membuat debut pada usia sangat muda iaitu Diego Armando Maradona. Membuat debut pada usia 15 tahun 355 hari pada 1976.

Mateo Apolonio yang memakai jersi no.25 diberikan debut dalam Copa Argentina untuk Riestra menentang Newell’s Old Boys. Di mana Newells menang 1-0 dalam perlawanan itu.

Dia baru sahaja berusia 14 tahun dan 29 hari ketika diberikan debut dalam perlawanan major di Agentina.

Sebelum perlawanan, pengurus Riestra, Cristian Fabiani sudah membuatkan ramai terkejut apabila meletakkan nama Apolonio dalam senarai simpanan. Namun tak ramai yang menyangka pemain itu benar benar diberikan debut.

Apolonio menyatakan dia diberitahu bahawa dia akan disertakan dalam pasukan, ketika dia masih di sekolah lagi ketika itu. Dia bergegas terus untuk menyertai pasukan selepas tamat sesi persekolahan.

Pemain yang bermain sebagai bek kiri itu mendapat tahu perkara itu melalui ayahnya.

@pinazoo_uy

El es Mateo Apolonio 14 años y 29 su debut en primera Con Riestra 🔥🙌 #argentina #riestra #deportivoriestra #mateoapolonio #newells #copaargentina #river #boca #debut #14años #fyp #parati #pinazoo_uy

♬ sonido original – 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐙𝐎 ⚡

“Ayah saya menangis di telefon dan saya tidak faham mulanya. Kemudian dia memberitahu saya: ‘Kamu dipanggil untuk bermain untuk skuad liga utama’.

“Ini adalah pengalaman yang unik tidak kira apa yang berlaku, ia akan menjadi memori indah buat saya.

Pengurusnya tertarik dengan prestasinya bersama skuad pembangunan. Dia merupakan pemain muda yang menjadi sasaran banyak kelab besar lain di Argentina pada masa ini.

Apolonio merupakan kapten untuk skuad remaja Riestra. Pengurus Riestra berjanji akan membangunkan pemain tersebut sebaiknya kerana dia adalah aset penting kelab itu.

Fabiani berkata: “Ini tidak dijangka hari ini. Namun dia memberikan dinamik yang penting. Dia adalah taruhan kelab ini. Dia diberikan peluang dan kami akan membantu dia terus berkembang dan membangun.”

@angelfutbol11032022

🚨!DEBUT HISTÓRICO CON 14 AÑOS EN EL FUTBOL ARGENTINO¡🇦🇷😱 #MateoApolonio hizo su debut con #Riestra ante Newell’s en 16avos de final de #CopaArgentina y se convirtió en el más joven de la historia en debutar. #Apolonio supera con su debut a SergioAguero, que debutó en Independiente con 15 años en 2003, en un partido ante SanLorenzo; a su vez, el ‘Kun’ había superado el récord que antes tenía DiegoMaradona, que apareció por primera vez en #ArgentinosJuniors diez días antes de cumplir 16.😱 #futbol #honduras

♬ sonido original – FUTBOLHONDUREÑOYMASFUTBOL🇭🇳