Dario Conca dari Argentina, pemain yang kurang dikenali. Malah kita lebih kenal dengan pemain seperti Angel Di Maria, ataupun Mauro Icardi. Tetapi dia pernah menjadi pemain ketiga bergaji paling tinggi dalam bola sepak dunia, hanya Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi memperoleh lebih banyak pada masa itu.
Pada tahun 2011, Conca bermain untuk kelab Brazil Fluminense dan memainkan peranan penting dalam membantu pasukan itu memenangi kejuaraan Liga Brazil pertama mereka sejak 1984.
Dia juga telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam Serie A Brazil pada 2009 dan 2010.
Hasil daripada persembahannya yang unggul dan merecik itu, banyak kelab di seluruh dunia berminat untuk menandatangani Conca ke dalam barisan skuad mereka.
Bagaimanapun, pemain tengah itu memutuskan untuk tidak berpindah ke kelab besar Eropah, sebaliknya menandatangani kontrak dengan pasukan Liga Super China, Guangzhou Evergrande selepas perjanjian lumayan dibentangkan untuk kelab itu.
Kelab China itu mengeluarkan rekod $10 juta untuk mendapatkan pemain tersebut.
Conca menandatangani perjanjian selama dua setengah tahun yang menyaksikan dia membawa pulang £170,000 seminggu, meletakkannya sebagai pemain ketiga bergaji terbaik di dunia. Sebelum inflasi melanda bola sepak, gaji GBP170k seminggu dianggap sangat besar pada masa itu.
Hanya Messi dan Ronaldo yang memperoleh lebih banyak pada masa itu, pasangan itu masing-masing bermain untuk Barcelona dan Real Madrid. Kelab yang gah di dunia. Berbanding Conca yang datang ke China ketika revolusi bola sepak China menarik pemain luar dengan menawarkan mereka duit yang sangat banyak,
Sementara Messi dan Ronaldo bertarung untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah dan anugerah Ballon d’Or, Conca mempamerkan aksi mengagumkan di China apabila dia mencatatkan 99 penampilan dalam tiga musim, menjaringkan 54 gol.
Dia mungkin telah mempamerkan beberapa persembahan yang mengagumkan tetapi dia juga seorang tokoh yang kontroversi.
Conca telah digantung oleh kelab sembilan perlawanan oleh kelab selepas dia mempersoalkan keputusan pengurus untuk tidak menurunkannya semasa perlawanan.
Dia berkata: “Saya tidak faham mengapa mereka selalu meminggirkan saya dengan alasan saya letih dan memerlukan rehat. Bagaimanakah saya boleh menjaringkan penalti penting jika saya tidak dalam keadaan cergas? Dan kenapa jurulatih sentiasa menyuruh Conca berehat?”
Di tengah penggantungannya, kelab itu melantik bekas pengurus pemenang Piala Dunia bersama Itali, Marcello Lippi, yang kemudiannya memendekkan tempoh penggantungan itu.
Semasa bersama Guangzhou, dia membantu pasukan itu memenangi tiga kejuaraan Liga Super China berturut-turut dan juga Liga Juara-Juara AFC.
Argentine Dario Conca was once the third best paid player in world football, only Cristiano and Messi earned more at the time. Conca signed a 2 and 1/2 year deal With Guangzhou in 2011, that saw him take home £k170 a week, ranking him as the third best paid player in the world. pic.twitter.com/VG3flwNNs3
— Manuel Menacho 🇬🇧🇪🇸🇮🇪🏴🇧🇪⚽️ (@ManuelMenacho0) July 19, 2022
Dia kemudian meninggalkan China untuk kembali ke Fluminense, yang menyaksikan gajinya turun secara drastik daripada £170,000 seminggu kepada hanya £8,000 seminggu. Ataupun daripada gaji RM909k seminggu kepada RM43k seminggu.
Conca kemudian dibawa balik ke China apabila Sven Goran Eriksson menandatanganinya untuk Shanghai SIPG.
Eriksson berkata: “Conca adalah seperti Messi, dia mempunyai saiz yang sama, dia berkaki kiri, dia seorang pemain menggelecek yang hebat dan dia membuat dan menjaringkan banyak gol.”
“Apabila saya datang ke sini, dia adalah satu-satunya pemain yang saya inginkan lebih daripada pemain yang lain.”
Pada 2019, Conca mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 36 tahun. Sepanjang kariernya, pendapatannya berjumlah lebih daripada £50 juta walaupun tidak mempunyai sebarang kaps antarabangsa untuk Argentina.
Dia memberitahu GloboEsporte.com pada 2019: “Bola sepak telah memberi saya banyak [manfaat], saya suka kerjaya ini, ia adalah hebat untuk saya, tetapi hari ini saya fikir ia adalah masa yang sesuai untuk saya berhenti.”
“Saya tidak memikirkan tentang bola sepak hari ini. Ia memberi saya banyak, saya sangat bersyukur untuk segala-galanya, saya berjaya mencipta kerjaya, mendapat pengiktirafan.”
Dario Conca retires.
Was once third in the best-paid footballer list behind only Messi and Ronaldo after being an early mover to China. Salary at Guangzhou Evergrande was $12.5m per year https://t.co/6jKQYYq9A9
— Ed Malyon (@eaamalyon) April 23, 2019