Menurut Mirror, keputusan pengurus Arsenal, Mikel Arteta untuk melucutkan jawatan kapten The Gunners Pierre-Emerick Aubameyang disokong oleh skuad mereka sebulat suara.
Terdapat banyak teori tentang layanan Arteta kepada Aubameyang. Antara yang paling tak masuk akal, ada yang menuduh Arteta sengaja menjadi tali barut pemilik kelab untuk menyingkirkan pemain bergaji mahal demi kepentingan akaun bank Kroenke. Sama seperti yang dia lakukan sebelum ini kepada Ozil.
Teori itu sebenarnya tiada kaitan. Kerana Arteta adalah orang yang melanjutkan kontrak Aubameyang sebelum itu, menjadikannya kapten tetap dan kemudian menjadikannya penerima gaji tertinggi dalam sejarah Arsenal.
Terbaru, dalam dokumentari, ternyata pemain Arsenal malah memuji ketegasan Arteta, menganggap dia benar benar ada telor untuk menyingkirkan pemain terbaik dalam pasukan mereka pada masa itu.
Aubameyang yang tidak disenangi Arteta dan akhirnya menyertai kelab gergasi La Liga Barcelona pada Januari 2022.
Klip dari dokumentari Amazon ‘All or Nothing: Arsenal’ yang dikeluarkan pada hari Khamis menjelaskan tindak balas daripada bintang lain mengenai keputusan pengurus mereka.
Ia adalah reaksi Mohammed Elneny dan Rob Holding yang nampaknya memberi kepercayaan kepada tanggapan bahawa keputusan Arteta disokong.
Elneny bertanya kepada Holding:
“Apa yang berlaku dengan Auba semalam?”
Holding membalas:
“Dia mahu ke Paris semalam kemudian pulang ke rumah dan bos mahu dia kembali…”
Elneny kemudian menunjukkan rasa terkejutnya di atas tindakan Aubameyang dan bertanya:
“Satu hari sebelum ini?”
Holding kemudian menerangkan keadaan secara mendalam:
“Ya satu hari sebelum ni dan dia kembali keesokan harinya dan kemudian lewat untuk latihan.”
“Dia sudah mendapat kebenaran untuk pergi ke sana, kerana ia ada kaitan dengan ibunya – dia perlu pergi berjumpa ibunya – tetapi kemudian dia tidak kembali semula [seperti diminta pengurus], dia tidak mendengarnya [Arteta] dan [pengurus] melakukan perkara yang betul.”
Kedua-duanya bersetuju bahawa Arteta berada berhak untuk memanggil Aubameyang baik seperti yang dia lakukan, Elneny kemudian berkata:
“Bos memang ada telor [berani].”
“Ya bos ada telor, kan?”
Ianya menjawab persoalan apa di sebalik keputusan drastik Arteta itu. Kerana sebelum ini Aubameyang menyalahkan Arteta sebagai punca dia terpaksa meninggalkan Arsenal, tanpa mengakui kesalahannya.
Aubameyang turut menganggap pemain pemain lain di Arsenal tidak menyokong Arteta. Ternyata dia silap.
Pierre-Emerick Aubameyang blames Mikel Arteta for his Arsenal exit 😬 pic.twitter.com/RrSbfRVSC5
— GOAL (@goal) February 3, 2022
Aubameyang dipecat daripada jawatan kapten. Dan kemudian dibekukan daripada skuad. Dia diberitahu untuk mencari kelab baharu kerana namanya tiada dalam perancangan musim akan datang.
Bukan itu sahaja, Aubameyang diberikan cuti awal untuk dia kembali bersama Gabon dalam kempen Piala AFCON.
Penyerang Gabon itu tiba dari Borussia Dortmund pada 2018 dengan harga £57.4 juta dan dengan cepat menjadi kegemaran peminat dengan beberapa persembahan yang mengagumkan.
Dia mempunyai rekod 92 gol yang dijaringkan dalam 163 penampilan untuk Arsenal tetapi sudah tiba masanya untuk dia berlepas pergi.
Hubungan antara dia dan kelab telah menjadi renggang dan walaupun ada yang berpendapat bahawa membenarkan dia pergi secara percuma adalah keputusan yang tidak baik, namun Arteta pula merasakan bahawa ia adalah perlu.
Itu bukan kali pertama Aubameyang buat hal. Sebelum itu, ketika persiapan aksi derbi London, dia tidak hadir dalam taklimat pasukan. Itu benar benar membuatkan Arteta bengang dan menghukumnya.
Arteta malah ada senarai banyak masalah disiplin Aubameyang sepanjang dia di Arsenal.
"What do you have to do? let it go? What do you have to do? it’s ok’,let it go? What happened in the last 10 years? Let it go, and then the next one the same. In Spain it is called ‘Casa Pepe’ — everybody doing whatever he f wants"
– Arteta on Aubameyanghttps://t.co/rf5tknF6dH
— Doc (@karthikadhaigal) August 9, 2022
Arteta telah menyingkirkan seorang pemain yang jelas menyebabkan dia mengalami masalah dalam mendapatkan pasukannya untuk memberi tumpuan kepada bola sepak mereka.
Penyerang itu membuat perpindahan yang sangat diidamkannya ke Barca dan dilihat mendapatkan semula rentaknya pada peringkat awal karier di Catalonia dengan 13 gol dalam 23 perlawanan.
Blaugrana mendapat penjaring yang sangat diperlukan untuk membantu mereka naik semula mendaki carta liga untuk mengesahkan tempat dalam UCL.