Pemain Arsenal Tak Setuju Pemotongan Gaji Jika Gagal Dapat Slot Eropah

Arsenal dilaporkan akan memotong 12.5% daripada gaji pemain mereka sekiranya gagal layak ke pertandingan Eropah pada musim hadapan

Namun cadangan itu ditentang oleh para pemain Arsenal yang merasakan ia akan memberikan impak yang besar kepada mereka.

Pasukan Arsenal dilaporkan sudah menyerahkan kertas cadangan itu kepada Hector Bellerin yang merupakan wakil pemain Arsenal di Kesatuan Pemain Profesional (PFA).

Bagi pemain Arsenal, angka itu terlau tinggi. Malah ada laporan juga menyatakan bahawa, pemain Arsenal akan dipotong hanya 7.5% jika mereka hanya layak ke Liga Europa pada musim hadapan.

Dan sekiranya mereka menamatkan saingan tanpa slot Eropah, maka mereka akan menyaksikan gaji mereka dipotong 12.5%.

Cadangan itu dibuat selepas kelab merasai impak daripada krisis koronavirus yang membuatkan liga bola sepak digantung seketika.

Arsenal, sama seperti pasukan lain, kehilangan pendapatan dari segi kutipan pada hari perlawanan.

Kertas cadangan itu akan diserahkan kepada PFA dan para pemain Arsenal – secara rasmi – pada minggu ini.

Sebelum ia sampai ke meja cadangan PFA, adalah lebih baik untuk mereka bincangkan segera perkara itu – menurut para pemain Arsenal.

Para pemain Arsenal sebelum ini dilaporkan terpaksa menangguhkan dahulu persetujuan pemotongan gaji 30% ketika liga ditangguhkan kerana covid-19, sepertimana dicadangan oleh Premier League sebelum ini.

Mereka masih mahu berunding dengan pihak kelab terlebih dahulu. Ini kerana mereka berhadapan dengan pemotongan gaji yang banyak, sekiranya gagal layak ke Liga Juara Juara Eropah mahupun Europa League.

Para pemain Arsenal mahu perkara ini dibincangkan untuk mencari penyelesaian terbaik kepada isu ini.

Menurut John Cross, para pemain Arsenal ketika ini lebih terbuka menerima pemotongan gaji 30% kerana sebahagian daripadanya akan disumbangkan ke badan kebajikan serta membantu petugas perubatan / NHS.

Namun buat masa ini, mereka sukar untuk mengiyakan pemotongan ini kerana satu lagi klausa pemotongan gaji yang menanti mereka jika gagal layak ke pertandingan Eropah.

Selain daripada itu, bonus persembahan yang terdapat dalam kontrak mereka, sudah pastinya tidak dapat ketika ini kerana tiada aksi bola sepak.

Perbincangan di antara kedua-dua pihak ketika ini sedang berlangsung dan ianya tertutup.

Dalam kontrak semasa para pemain Arsenal, sudah termasuk dengan banyak sekali klausa bonus. Oleh sebab itu kelab sangat risau Arsenal gagal layak ke UCL untuk kali keempat berturut-turut.

Kerana ia akan memberikan impak yang sangat besar kepada kelab dari segi kewangan.

Ramai peminat Arsenal risau dengan polisi ini akan membuatkan beberapa pemain bintang mereka akan meninggalkan Arsenal terutama sekali Pierre-Emerick Aubameyang yang dikaitkan dengan banyak pasukan.

Arsenal kini berada di luar tempat layak ke slot Eropah dengan berada di tangga kesembilan dalam carta liga.