Pemain B-21 Jerman Diserang Secara Perkauman Penyokong Sendiri

Youssoufa Moukoko dan Jessic Ngankam gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika pasukan Jerman B21 seri 1-1 menentang Israel pada permulaan Kejohanan Eropah.

Kedua dua mereka gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-3 dan minit ke-80 perlawanan. Yang membuatkan Jerman gagal untuk menang perlawanan tersebut.

Moukoko kemudian mengeluh tentang penghinaan perkauman besar-besaran terhadap kedua-dua mereka.

Pemain antarabangsa Jerman itu menggunakan ayat Mesut Ozil yang popular sebelum ini dengan mengubahnya sedikit mengikut konteks warna kulit mereka.

Beberapa tahun lalu, Ozil pernah mengumumkan persaraan dengan ayat pedas berbunyi: “Ketika menang, kita semua orang Jerman. Dan apabila kalah, kami adalah imgiran.”

Youssoufa Moukoko dan Jessic Ngankam telah dihina secara teruk dengan cercaan perkauman di media sosial selepas mereka terlepas sepakan penalti pada pembukaan Kejohanan Eropah.

Dia berkata: “Ketika kami menang, kami semua orang Jerman. Jika kami kalah, kami [pemain kulit hitam] adalah monyet. Jessic mendapat cercaan itu, dan saya pun dapat. Perkara seperti itu tidak sesuai dalam bola sepak,” kata Moukoko yang berusia 18 tahun selepas perlawanan pertama.

Dia menambah: “Sudah tiba masanya untuk menentangnya”

“Kami tidak melakukan penalti itu kerana diri sendiri, kami cuba membantu pasukan. Apabila anda mendapat mesej keji seperti itu, ia menjijikkan,” kata Moukoko, yang dilahirkan di Cameroon.

“Ia menyakitkan kali ini. Tiada pemain yang mahu gagal dalam sepakan penalti.”

Moukoko mendakwa bahawa dia berulang kali berhadapan dengan komen sedemikian.

“Ianya sudah cukup! Sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu untuk menentangnya,” tegas pemain itu.

Jurulatih kebangsaan B-21 Jerman, Antonio Di Salvo turut mengutuk serangan perkauman itu.

“Anda tidak boleh mengawal segala-galanya di Internet, tetapi apa yang pasti, harus ada tindakan tebas diambil. Itu tidak masuk akal.” Jurulatih itu mempertahankan pemainnya.

“Mereka adalah pemain pemain yang mahu bermain untuk Jerman, yang merupakan warganegara Jerman dan memberikan segalanya untuk negara,” kata Di Salvo.

“Itulah sebabnya dia secara peribadi terkejut dan kecewa.”

“Apa-apa jenis perkauman dan diskriminasi, harus dihentikan, ianya tidak ada manfaat,” jelasnya.