Pemain B-23 Juve Ini Berkata Ada Baiknya Kelabnya Disingkirkan Ke Divisyen 2 Kerana Itu Peluang Untuknya Jadi Pemain Utama

Dean Huijsen dianggap antara prospek kelab Juventus. Pertahanan yang lahir pada 2005 itu malah membuat kenyataan pelik.

Kerana menurutnya, ada baiknya juga kalau Juventus turun ke divisyen kedua musim hadapan, kerana itu akan membolehkan pemain sepertinya lebih peluang beraksi.

Perkara itu dinyatakannya dalam temuramah dengan Voetbalzone.

Juventus musim ini dipotong 15 mata kerana salah laku kewangan melibatkan nilai perpindahan pemain dan juga bayaran gaji pemain.

Huijsen berkata: “Saya membesar di Sepanyol dan suka bercuti di Marbella dengan keluarga. Kemudian ayah saya mendapat kerja di sana dan kami menetap di sana. Saya menghadiri sekolah berbahasa Inggeris.”

“Semasa saya kecil, saya bermain posisi menyerang. Dan kemudian jurulatih turunkan saya ke pertahanan.”

“Pada usia 10 tahun, saya memasuki akademi Malaga.”

“Ketika di akademi, kami bermain beberapa pertandingan akar umbi dengan kelab kelab besar seperti Barcelona, ​​​​​​Real Madrid dan Juventus.”

“Kemudian saya pernah berlatih dengan pasukan utama. Pengurus Juventus datang ke rumah kami di Sepanyol dan membentangkan projek kepada kami.”

“Saya pergi ke Turin, dan ibu bapa saya melihat itu menjadi permulaan karier yang baharu.”

“Real Madrid pun pernah mahukan saya, namun saya memilih pergi ke Itali kerana ianya sekolah terbaik untuk permain pertahanan macam saya.”

“Pada awalnya, agak mencabar, saya tak biasa dengan rutin latihan di Juventus.”

“Kemudian saya mendalami dan belajar bahasa Itali. Dan saya bermula dengan skuad B-17. Beberapa bulan kemudian saya dinaikkan ke pasukan B-19 kerana saya berjaya beraksi lebih baik daripada jangkaan jurulatih.”

“Saya kemudian diserap ke dalam skuad B-23 untuk 2 bulan. Allegri memanggil saya berlatih dengan pasukan utama bersama sama dengan pemain pemain yang saya hanya saksikan di video game selama ini.”

“Kesemua mereka adalah berkelas dunia. Saya sebenarnya sangat mengagumi Dybala, dia sangat baik. Saya turut mengawal Vlahovic, Morata dan Chiesa. Sangat sukar.”

“Saya pernah bercakap dengan De Ligt kira kira 20 minit. Malangnya dia kemudian pergi ke Bayern. Kerana saya benar benar berharap dapat bermain bersamanya.”

“Perbandingan dengan dia tidak membuatkan saya tertekan, saya malah fikir dia luar biasa.”

“Van Dijk sangat kuat dalam 1 v 1 dan memiliki fizikal luar biasa. Namun idola saya sentiasa Sergio Ramos.”

“Walaupun kami kalah final, ianya sangat hebat bermain dalam Piala Eropah bersama pasukan B-17 belanda.”

“Secara teori, saya boleh bermain untuk Sepanyol juga. Namun buat masa ini, saya tak terfikir tentangnya, dan saya memilih Belanda. Saya lahir di Amsterdam, dan pasukan Ajax dari Belanda merupakan kelab yang saya sokong.”

“Kontrak saya akan tamat pada Jun 2024, namun kami sudah mencapat keputusan untuk menetapkan tarikh bagi melanjutkan kontrak baharu sehingga 2027.”

“Saya akan dinaikkana ke pasukan utama kemudian mungkin akan dipinjamkan ke kelab Serie A, B atau C. Tak pasti.”

Seterusnya bercakap tentang hukuman yang dihadapi Juventus, Huijsen menyatakan ada baiknya juga kalau kelab itu disingkirkan ke divisyen rendah. Kerana itu akan membuatkan pemain sepertinya berpeluang menjadi pemain utama.

“Di antara kami pemain pemain, kami ada bercakap tentang hukuman diterima kelab. Bagi saya, ianya tidak akan mengubah apa apa. Jika Juventus disingkirkan ke Serie B, bagi saya, ianya peluang terbaik untuk saya bermain dalam pasukan utama dan membantu kelab naik semula ke Serie A tahun berikutnya.”

“Saya akan terus setia bersama Juventus, kerana saya selesa di Turin. Saya tidak akan menukar pasukan kerana itu.”

“Ini kerana kelab ini sudah ada perancangan jelas untuk saya. Impian saya menjadi pemain bola sepak terkemuka, memenangi UCL, memenangi Piala Dunia dan UEFA Euro.”

Baca yang lain