[VIDEO] Pemain Brazil Ditangkap Kerana Terajang Pengadil Sampai Masuk Hospital

Pemain Brazil, William Ribeiro telah ditahan polis selepas menyepak pengadil sampai masuk hospital.

Perlawanan itu berlaku dalam liga divisyen enam Brazil di antara Guarani-VA menentang Sao Paulo RS.

Aksi turut tertangguh 30 minit dan pengadil, Rodrigo Crivellaro, dikejarkan ke hospital kerana cedera disepak dengan kuat oleh Ribeiro.

Ribeiro dan Sao Paulo RS ketinggalan 1-0 ketika insiden itu berlaku. Entah kenapa dia sangat marah dengan mengadil dengan menumbuk dan kemdian menyepaknya.

Para pemain lain meleraikan Ribeiro dan tergamam melihat insiden itu. Petugas medikal bergegas ke dalam padang, dan pengadil turut dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

Pengadil tersebut tidak sedarkan diri dan hanya bangun pada pukul 11 malam. Dia kemudian dijaga rapi oleh doktor dan jururawat.

Tidak lama selepas itu, Ribeiro dilihat meninggalkan stadium dengan tangannya digari oleh polis.

Kedua dua pasukan menggunakan media rasmi pasukan memberikan sokongan kepada pengadil dan mengecam keganasan di atas padang.

Sao Paulo RS berkata: “Kami menegaskan bahawa kami berjarap pengadil Rodrigo Crivellaro akan memperbaiki mutu pengadilannya di masa akan datang.”

“Namun tidak ada apa pun harus diselesaikan dengan keganasa. Kami akan melihat apa yang akan berlaku selepas ini, sama ada perlawanan ini akan disambung atau dihentikan sepenuhnya.”

“Pengadil simpanan masih berada di sini, kami semua sedih, malu dan kecewa dengan tindakan pengecut yang berlaku pada hari ini.”

“Kami berharap pengadil akan cepat sembuh.”

Seterusnya, presiden Sao Paulo RS, Delvid Goulart Pereira telah mengesahkan bahawa kontrak Ribeiro sudah ditamatkan serta merta.

“Pada hari yang sama kesemua keluarga merah-hijau meraikan ulangtahun ke-113 Sao Paulo RS, kelab kita dilanda salah satu episod paling sedih di dalam sejarah.”

“Insiden malang yang mengejutkan ramai orang, bukan sahaja pencinta bola sepak di Gaucho, malah semua orang yang menyukai sukan secara umumnya.”

“Kami meminta maaf dari hati kami yang paling dalam, dan sangat malu dengan apa yang berlaku. Kami memohon segala maaf kepada pengadil yang dibantai, kepada keluarga pengadil dan juga orang awam kerana insiden memalukan hari ini.”

“Kontrak pemain yang menyerang tadi telah ditamatkan. Seterusnya, kami sedang mempertimbangkan tindakan perundangan ke atas pemain tersebut.”

Bukan itu sahaja, keluarga pengadil turut mahu mengambil tindakan perundangan ke atas Ribeiro.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.