Badan induk bola sepak Afrika, Konfederasi Bola Sepak Afrika, CAF telah melancarkan siasatan berhubung manipulasi umur oleh pemain Gabon yang mengisytiharkan bahawa dia dilahirkan pada 1990 tetapi laporan menunjukkan perbezaan ketara dalam tuntutan umurnya.
Guelor Kanga berkata dia dilahirkan pada 1990 tetapi ibunya dilaporkan meninggal dunia pada 1985 sekali gus meragukan tuntutan umurnya.
Akibatnya, Kanga, kini disiasat oleh kerana dakwaan penipuan identiti selepas mendapati bahawa pemain “berusia 32 tahun” yang mendakwa dia dilahirkan pada 1990 dilaporkan kehilangan ibunya pada 1985 (36 tahun lalu).
Guélor Kanga ialah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain tengah ofensif untuk Red Star Belgrade dan pasukan kebangsaan Gabon.
Kanga yang berasal dari Congo telah dipetisyen oleh CAF selepas Persekutuan Bola Sepak Congo (FECOFA) melancarkan aduan terhadap Gabon kerana menurunkan pemain yang menipu identitinya.
FECOFA percaya bahawa Guelor Kamga yang menunjukkan pasport semasa dia dilahirkan pada 1 September 1990 di Oyem, sebenarnya adalah Kiaku Kiaku Kiangana yang dilahirkan pada 5 Oktober 1985 di Kinshasa, DRC.
Persatuan Bola Sepak Congo itu yakin bintang Res Belgrade itu memalsukan identitinya apabila dia tiba di kelab divisyen dua Gabon GBI.
Menurut mereka, tidak mungkin pemain itu dilahirkan pada 1990 jika ibunya meninggal dunia pada 1985 melainkan dia dibangkitkan dan melahirkannya, perkara itu jelas tidak mungkin berlaku.
Jika pemain itu didapati bersalah, Persekutuan Bola Sepak Gabon boleh didakwa dengan pemalsuan berkaitan dokumen pentadbiran yang dikemukakan oleh pemainnya dan ketidakpatuhan prosedur FIFA yang berkaitan dengan pertukaran kewarganegaraan sukannya, apabila dia berpindah dari Congo ke Gabon.
Penipuan umur di Afrika seringkali berlaku. Kerana beberapa negara yang memiliki pendaftaran kelahiran yang kurang cekap.