Bekas pemaion Stockport County, Liam Dckinson membuat pendedahan luar biasa tentang bekas pengurusnya Jim Gannon. Liam mengejutkan ramai pihak apabila memberitahu bahawa Gannon menolak untuk ditemuramah Sky Sports selepas tamat perlawanan.
Semuanya gara gara Sky tidak membaiki Skybox (macam Astro box tu lerr) di rumahnya walaupun dia sudah membuat aduan tentang masalah tersebut. Gannon membawa perang peribadinya ke dalam pasukannya.
Liam Dikinson bermain di bawah kendalian Gannon pada 2008 dan mereka ketika itu berjaya naik ke League 1 selepas memenangi play offs. Namun Gannon tidak melayan Sky sepanjang musim tersebut.
Bercakap kepada Podcast I Had Trials Once, Liam berkata: “Masa tu musim kami dinaikkan diviysen. Jadi itu adalah peluang kami untuk mucul di saluran Sky beberapa kali.”
“Namun Gannon menolak untuk melakukan sebarang temuramah dengan Sky kerana tidak seorang pun pegawai teknikal Sky datang ke rumahnya membaiki Skybox dia yang rosak.”
“Saya bersumpah atas nyawa saya dan demi tuhan, ini adalah kisah benar. Dia menolah untuk bercakap kepada wartawan Sky selagi lagi mereka tak membaiki Skyboxnya. Dan masih juga tiada seorang pun datang.”
“Dia membuatkan kelab hilang beberapa ribu kerana tidak muncul dalam temuramah Sky. Sehinggalah masuk ke separuh akhir play offs. Barulah dia muncul.”
With Stockport County in action tonight, never forget this story from @Dicko_85 about their manager Jim Gannon refusing to do interviews with Sky because his Sky box had broken and hadn't been fixed.
Incredible 😂😂😂
📹 – @IHadTrialsOnce pic.twitter.com/pp4Kseffbf
— Footy Accumulators (@FootyAccums) January 11, 2021
“Itupun sebab kontrak menyatakan wajib dia pergi bercakap kepada Sky, ianya termaktub dalam kontrak.”
“Atau rasanya mungkin dia dah dapat kot Skybox baru masa tu [sebab tu dia akhirnya muncul di Sky].”
Liam menyatakan ianya mangambil masa 9 bulan untuk Sky menyelesaikan masalah Skybox Gannon. Dan selepas itu barulah Gannon dengan senang hati bercakap kepada Sky bila bila masa, di mana jua.