Pemain Dortmund Tetap Bersorak Di Hadapan Südtribüne, Ini Penjelasan Mereka

Dortmund membelasah Schalke di dalam aksi Revierderby pada Matchday 26.

Dan para pemain Borussia Dortmund memberi penghormatan kepada 80,000 penyokong yang biasanya akan gemuruh dari pegunungan Signal Iduna Park – terutama Südtribüne yang ikonik, Tembok Kuning /Yellow Wall, yang menampung 25,000 peminat tegar yang berdarah hitam dan kuning.

Kenapa para pemain tetap meraikan dan memberikan tepukan kepada Yellow Wall yang kosong?

Jawapannya mudah untuk para pemain Dortmund. Apabila anda mengalahkan pesaing sebandar / derbi anda 4-0. Maka, tidak ada alasan untuk tidak meraikan dengan penyokong anda – walaupun mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium!

“Kemenangan ini untuk para peminat,” kata Erling Haaland, yang menjadi penjaring gol pertama Bundesliga ketika dia menerima umpanan silang Thorgan Hazard menjelang minit ke-29.

“Pasukan ini berhak mendapat pujian yang menggunung,” jelas Sebastian Kehl kepada wartawan.

“Rasanya aneh untuk melihat mereka meraikannya di hadapan Yellow Wall yang kosong, para pemain pun kelihatan agak janggal, dan anda dapat melihatnya dalam keraian mereka.”

“Mereka pergi ke Südtribüne selepas perlawanan untuk memberi tepukan tangan kepada semua penyokong kami yang menonton di televisyen.”

Bola sepak Bundesliga kembali pada hujung minggu lalu setelah ditangguhkan selama dua bulan disebabkan oleh wabak, tetapi para peminat tidak dibenarkan memasuki stadium.

Walaupun jasad mereka tiada di dalam stadium, namun jiwa dan semangat mereka akan sentiasa berada di sana.

“Itu spontan,” Julian Brandt mengakui kepada Sky, keputusan pemain untuk memberikan tepukan kepada Tembok Kuning yang kosong.

“Ketika Südtribüne ada meraikannya, ia sama sekali berbeza. Tentunya juga sukar untuk tidak meraikan gol kami, tetapi kami berusaha untuk mematuhi peraturan dengan sebaik mungkin.”

Erling Haaland meraikan gol liga ke-10 hanya dalam sembilan perlawanan Bundesliga sambil meraikannya dengan menjarakkan diri daripada rakan-rakannya.

Seandainya mereka hadir, para penyokong setia Dortmund pasti akan memberikan banyak sorakan gemuruh mereka yang paling padu untuk para pemain antarabangsa Jerman, Brandt, yang terlibat dalam keempat-empat gol pasukannya.

Pasukan bimbingan Lucien Favre kini telah memenangi lapan daripada sembilan perlawanan terakhir Bundesliga. Dan mereka boleh membanggakan rekod sebagai pasukan tuan rumah.

Mereka masih tidak terkalahkan pada tahun 2019/20 di tempat sendiri, setelah memenangi 10 dan seri 3 kali daripada 13 perlawanan dalam kesemua pertandingan mereka di Signal Iduna Park.

Minggu depan menyaksikan mereka berkunjung ke Wolfsburg, yang meraih kemenangan terakhir ke atas Augsburg pada hari Sabtu untuk berada di tangga keenam liga.

Wolfsburg mahu terus mengekalkan rentak kemenangan untuk ke slot Eropah musim hadapan.