Seorang pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris yang sudah berkahwin telah ditahan dan disiast kerana disyaki mencabul serta melakukan kesalahan seksual ke atas kanak-kanak.
Pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris yang dilaporkan berusia 31 tahun itu juga telah digantung oleh kelabnya sementara polis menyiasat tuduhan itu, menurut Daily Mail.
Namun polis tidak mendedahkan nama pemain tersebut atas sebab perundangan. Kerana dia masih dikira tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Pemain tersebut juga disahkan merupakan pemain pasukan utama di Liga Perdana Inggeris yang berprofil tinggi.
Dia ditangkap Jumaat lalu oleh Polis Greater Manchester sebelum dibebaskan dengan jaminan berikutan serbuan di kediamannya bulan ini.
Pernyataan oleh Greater Manchester Police berbunyi: “Pegawai kami menahan seorang lelaki berusia 31 tahun pada hari Jumaat 16 Julai 2021 kerana disyaki melakukan kesalahan seksual kanak-kanak.”
“Dia bebas dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut.”
Ejen pemain tersebut dilaporkan enggan mengulas tentang perkara tersebut.
Siapakah gerangannya?
Beberapa media di UK melaporkan, saspek ialah pemain Everton iaitu Glyfi Sigurdsson. Seorang peminat Everton membentangkan teorinya menyatakan bahawa saspek memang Sigurdsson.
Ini kerana pemain itu ditahan, dan isterinya telah memadamkan Instagramnya. Bukan itu sahaja, Gylfi juga dikatakan kantoi bermesej dengan kanak kanak.
Ini selepas secara kebetulan Gylfi Sigurdsson ditahan baru baru ini. Kemudian Everton mengeluarkan kenyataan:
“Everton boleh mengesahkan bahawa kami telah menggantung seorang pemain pasukan utama sementara dia di dalam siasatan polis. Kelab akan berterusan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan tidak akan memberikan komen lebih lanjut buat masa ini.”
Kes Adam Johnson
Ini bukan pertama kali bintang EPL terpalit dengan kes gangguan seksual kanak kanak. Beberapa tahun lalu, ada ramai pemain tampil mendakwa mereka diganggu secara seksual oleh jurulatih sendiri.
Dan kemudian, kes paling glamor pastinya melibatkan Adam Johnson atas kesalahan pedof il.
Ex EPL player Adam Johnson found guilty of one count of sexual activity with a child (minor) https://t.co/fGPyjdRE3q pic.twitter.com/C0c3ppOGD5
— Kelvin (@ob__ke) March 2, 2016