Pemain EPL Yang Dapat Gaji Rendah Dari Sepatutnya (Underpaid)

Bagi kebanyakan pemain bola sepak profesional, menyertai kelab Premier League hampir menjamin kehidupan yang mewah namun ada pemain yang hebat tetapi menerima gaji terendah,

Bermain di liga terkenal dengan pelbagai sponsor sudah pasti mereka mengimpikan untuk mendapat pendapatan yang lumayan.

Namun tidak semua pemain yang bermain di dalam Premier League mendapat kehidupan yang mewah dengan gaji yang lumayan.

Masih ada yang mendapat pendapatan dihawah £10,000 dan ada yang mendapat lebih dari £300,000 seminggu.

David de Gea penjaga gawang utama pasukan Manchester United adalah pemain yang mendapat gaji tertinggi di dalam Premier League. Beliau menerima pendapatan £375,000 seminggu.

Lihat saja pada awal minggu ini, penjaga gol kedua Manchester United Sergio Romero terlibat dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan kereta Lamborghini miliknya.

Tidak ada sesiapa pon yang merisaukan beliau tidak mampu membeli kereta mewah baru kerana semua tahu pendapatan beliau tinggi di United walau beraksi sebagai penjaga gol kedua.

Sudah tentu, tidak hairanlah bahawa United sememangnya menjaga kebajikan pemain mereka dengan begitu baik sekali. Pemain yang hanya duduk bermain piano pon mampu mendapat gaji sehingga £300,000 seminggu.

Tahun lalu pasukan juara 20 kali itu melaporkan bahawa mereka mengeluarkan sebanyak £ 332 juta untuk membayar gaji. Dan itu adalah jumlah tertinggi dalam Liga Perdana.

Walau mereka adalah pasukan yang boleh dikira elit dalam Premier League namun jumlah pengeluaran mereka itu boleh dikatakan tinggi.

Hakikatnya adalah kelab-kelab besar didalam Liga Perdana senantiasa menanggung berjuta-juta untuk menanggung kebajikan dan aset pemain agar mereka boleh memandu kenderaan mewah dan boleh hidup selesa di rumah-rumah besar.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pasukan yang membayar gaji besar kepada pemainnya dan ada juga yang bersetuju kerana memikirkan sumbangan pemain kepada pasukan.

Namun ada juga yang mendapat pendapatan luar biasa tetapi tidak membuat apa-apa untuk pasukan.

Contohnya Palace membayar Christian Benteke £120,000 seminggu, Nathaniel Clyne yang sedang mengalami kecederaan juga mendapat pendapatan £70,000 seminggu untuk tidak melakukan apa-apa.

Dan jangan sampai kita membicarakan tentang Paul Pogba yang menerima £290,000 seminggu.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai lagi bintang lain yang sememangnya layak mendapat gaji yang lumayan tetapi mereka hanya mendapatan pendapatan yang rendah.

Dengan itu, di GiveMeSport, mereka telah mengembara melalui buku menggunakan data dari Spotrac dan menyenaraikan pemain yang memperoleh gaji terendah di Premier League dengan pendapatan £ 10,000 seminggu dan ke bawah.

Dan ya, kita sedar bahawa di dunia nyata itu masih banyak wang.

Teemu Pukki (Norwich City) – £8,000

Encik Fantasy Football yang sering menjaringkan gol untuk pasukan Norwich dan juga seorang pemain antarabangsa Finland itu telah menjaringkan 11 gol dalam musim pertama Liga Perdana Inggeris.

Pukki kini berkongsi kedudukan dengan Harry Kane dan Raheem Sterling. Antara pemain padu dengan gaji terendah di Premier League.

Malah,beliau juga menjaringkan gol lebih banyak dan kerap berbanding Roberto Firmino dan Gabriel Jesus. Sekiranya Norwich mampu, mereka pasti akan memberi kenaikan gaji kepada bintang mereka.

Scott McTominay (Manchester United) – £10,000

Walaupon Manchester United sering membayar gaji yang tinggi untuk pemain mereka, namun ada juga pemain yang mendapat pendapatan sekitar £10,000 sahaja. Sebelom kecederaanta Mc Tominay dikatakan pemain terbaik untuk United pada musim ini.

Mungkin selepas pulih dari kecederaan nanti beliau boleh terus ke pejabat Ed Woodward untuk berbincang tentang kenaikkan gaji beliau setimpal dengan aksi beliau dipadang.

Curtis Jones (Liverpool) – £3,600

Bolehkah kita menganggap Jones sebagai pemain Liga Perdana?  sekalipun masa paling terkenalnya ketika menyarung jersey Liverpool sehingga kini datang dari jaringan padunya menumpaskan Everton dalam saingan piala FA.

Kami mengesyaki bahawa ia tidak akan menjadi yang terakhir dan dia adalah salah seorang pemain muda Jurgen Klopp yang akan lebih sering digunakan dalam liga musim ini.

Aaron Ramsdale (Bournemouth) – £6,000

Ramsdale memulakan musim ini dengan gaji terendah di Premier League hanya £3k seminggu tetapi ketika membuat perjanjian baru beliau dilaporkan mendapat kenaikkan gaji satu kali ganda.

walau pasukan beliau sekarang dalam kemelut untuk penyingkiran beliau sering memberikan aksi yang terbaik.

Matty Longstaff (Newcastle United) – £850

Pemain berusia 19 tahun itu sehingga kini masih tinggal di rumah bersama ibu bapanya. Selepas mengharungi musim yang panjang beliau berjaya  menjaringkan gol menentang Manchester United.

Beliau sepatutnya sudah membuat Kontrak baru dan mungkin akan ada peningkatan dalam gajinya untuk kontrak yang barunya.

Sean Longstaff (Newcastle United) – £692

Bagi abang Matty, Sean, Magpies telah memberitahunya dia masih perlu berbuat lebih baik dan menunjukkan sesuatu yang cemerlang untuk mendapat ganjaran yang lebih di masa hadapan.

Keinan Davis (Aston Villa) – £5,000

Aston Villa perlahan-lahan membawa masuk pemain berusia 21 tahun itu ke dalam pasukan utama dari skuad pelapis.

Beliau sudah turun beraksi dalam 9 perlawanan untuk semua pertandingan pada musim ini.

John Lundstram (Sheffield United) – £4,000

Lundstram bersama pemain lain dalam pasukan Sheffield United mereka sekadar memperoleh sekitar £ 10,000 seminggu.

Malah ada yang mendapat kurang dari itu. Sesungguhnya, seluruh pemain utama mereka jika di gabungkan pendapatannya masih tidak boleh menandingi pendapatan Alexis Sanchez seorang.

Lundstram telah menunjukkan aksi yang sangat cemerlang pada musim ini. Jika didalam Fantasy Football Manager hampir semua pasukan memilih beliau sebagai pemain utama.

dengan aksi cemerlangnya membuktikan dirinya sangat diperlukan dalam sistem Chris Wilder.

Dean Henderson (Sheffield United) – £10,000

Hanya Alisson Becker dan Kasper Schmeichel sahaja penjaga gol yang bolos lebih sedikit dari  penjaga gol Sheffield United ini. Dean adalah pemain pinjaman dari United untuk Sheffield.

Dengan kedudukan kelima dalam senarai penjaga gol yang mendapat “clean sheets” terbanyak beliau mungkin dipanggil semula oleh United untuk memberi saingan kepada De Gea musim hadapan.

George Baldock (Sheffield United) – £4,000

Setelah bermain untuk pasukan kecil seperti MK Dons, Northampton, Tamworth dan Oxford untuk sepanjang karier beliau sebelom ini. Cukup menarik melihat beliau kini menyerlah bersama Sheffield dalam Liga Perdana.

Mungkin beliau sendiri tidak pernah menyangka akan bermain di pentas lebih besar dan memiliki kehidupan mewah. Namun jika dilihat pada persembahan semasanya beliau boleh pergi lebih jauh dan lebih berjaya di masa hadapan.

Ezri Konsa (Aston Villa) – £8,000

Pemain berusia 22 tahun itu mempunyai dua assist dalam 11 aksi beliau sepanjang musim ini untuk Aston Villa. Ianya adalah satu permulaan yang baik untuk seorang pertahanan muda seperti beliau.

Kewangan Villa agak teruk selama beberapa musim lalu sebelom mereka naik ke Liga Perdana jadi tidak hairan lah ada pemain mereka yang di senaraikan dalam senarai pemain yang mendapat gaji terendah didalam Liga Perdana.

Kortney Hause (Aston Villa) – £8,000

Sedangkan Tom Heaton pemain Villa yang mendapat gaji tertinggi pon hanya sekadar menerima  £ 42,000 seminggu.

Jadi tidak hairan lah sekiranya terdapat pemain seperti Hause Ini mendapat gaji mingguan yang rendah.

Rhian Brewster (Liverpool – dipinjamkan ke Swansea) – £10,000

Penyokong Liverpool sangat mengharapkan masa depan yang cerah dari pemuda ini. dengan barisan pemain yang Liverpool miliki kini agak sukar untuk beliau mendapat tempat dan minit permainan.

Kerana itu lah beliau dipinjam kan ke Swansea untuk mendapat minit permainan yang lebih dan satu hari nanti beliau pastinya akan dipanggil semula oleh Liverpool jika beliau menunjukkan permainan yang baik.

Romantisme dalam bola sepak mungkin mengharapkan pemain untuk bermain dengan sepenuh jiwa demi pasukan bukan kerana wang.

Namun kebajikan pemain juga harus diambil kira.  Ini kerana mereka memilih kerjaya bermain bola sepak ini sebagai punca pendapatan utama mereka.

Jadi apabila berbicara tentang kerjaya maka setiap manusia pastinya mengharapkan yang terbaik bagi meneruskan kehidupan mereka.

Ada lagi beberapa pemain terkenal yang mendapat pendapatan kurang dari £10,000 seperti  Declan Rice yang menandatangani perjanjian baru di West Ham bernilai £3,000 seminggu.

Begitu juga dengan Hamza Choudhury di Leicester (£7,500) dan Yan Valery dari Southampton (£ 2,000).

Ia hanya menunjukkan bahawa Liga Perdana tidak /lah  benar-benar menjamin kemewahan tetapi usaha yang gigih pasti membuahkan hasil juga dihujungnya.

Sumber: GMS

Baca yang lain