Pemain Gambia Trauma, Pesawat Kurang Oksigen Sebab Terlalu Kecil

Satu berita yang menggemparkan melibatkan kem pasukan kebangsaan Gambia.

Di mana pemain pemain mereka berdepan detik cemas kekurangan oksigen ketika di atas pesawat. Dan pesawat mereka terpaksa berpatah balik.

Ianya kerana mereka menaiki pesawat yang terlalu kecil saiznya. Jadi oksigen di dalam pesawat tidak cukup untuk menampung jumlah pemain dan pegawai pasukan yang ada di dalamnya.

Kesannya, ada beberapa pemain dilaporkan pengsan kerana masalah itu. Dengan dua lagi pemain dikatakan sedang mengalami trauma yang teruk kerana pengalaman ngeri itu.

FA Gambia kemudian tampil dengan kenyataan rasmi: “Dengan kesalnya, kami mahu memaklumkan kepada orang awam, di mana pesawat yang kami sewa untuk menerbangkan Scorpions [gelaran pasukan Gambia] terpaksa berpatah balik ke Banjul kerana masalah teknikal.

“Pesawat baru 9 minit berada di udara, apabila pembantu penerbangan mendapati ada masalah dan meminta agar pesawat berpatah balik semula ke Banjul.

“Hasil siasatan didapati tekanan udara di atas kabin pesawat adalah kurang. Namun begitu, pasukan tekbikal dan operasi syarikat penerbangan, Air Cote d’Ivoire masih mencari punca kekurangan oksigen itu.

“Apa yang paling penting kesemua anak kapal yang terdiri daripada delegasi skuad Gambia disahkan sihat dan selamat.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan ini dan akan mencari penyelesaian segera untuk pasukan pergi terbang ke Ivory Coast secepat mungkin.”

Beberapa jam kemudian Air Ivoir dilaporkan telah menghantar satu lagi pesawat baharu yang lebih besar. Dan akhirnya mereka tiba di Ivory Coast dengan selamat.

Peminat bola sepak benar benar simpati dengan pemain pemain Gambia yang dianggap terpaksa berdepan detik cemas itu.

Pesawat yang pertama itu benar benar kecil dan sangat tidak selesa.