Pemain Indonesia Silap Disebut Dari India Ketika Netizen Masih Bengang 2 Kesilapan Sama Di Denmark

Pada Ahad lalu, telah berlaku kesilapan apabila pasangan beregu lelaki Indonesia Marcus Gideon/Kevin Sanjaya dan Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto disebut sebagai pemain badminton yang berasal dari Malaysia.

Dan kejadian salah sebut negara itu kembali berulang dan kali ini menimpa pasangan beregu Indonesia yang terkenal iaitu Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan.

Dua pasangan beregu lelaki Indonesia, Marcus Gideon/Kevin Sanjaya dan Fajar Alfian/Muhammad Rian Ardianto, yang melangkah ke final Terbuka Denmark 2022, diperkenalkan sebagai pasangan Malaysia oleh penyampai di podium.

Dapat dilihat dalam video tersebut, kedua-dua pasangan menunjukkan wajah keliru apabila juruhebah memperkenalkan mereka sebagai pasangan beregu dari Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih tenang berada di podium dan akhirnya sedar ianya cuma kesilapan kecil yang dilakukan oleh manusia biasa.

Namun di media sosial pula lain ceritanya. Peminat badminton Indonesia bengang dengan penganjur Badminton Danmark yang dianggap membuat kesilapan bodoh dan kesilapan tidak sepatutnya.

Selepas banyak serangan diterima daripada komen di media sosial, Badminton Danmark telah membuat permohonan maaf melalui Twitter dan menganggap perkara itu sebagai insiden yang kurang menyenangkan.

“Kepada semua, kami memohon maaf atas kesilapan dalam pengumuman pemenang,” tulisnya.

“Fajar Alfian/Muhammad Ardianto dan Marcus Gideon/Kevin Sukamuljo sudah tentu mereka berasa dari Indonesia, kita tahu itu.”

“Ia adalah kesilapan manusia dan kami harap anda menerima permohonan maaf kami.”

Namun masih ada yang tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut kerana bukan sekali ianya berlaku tetapi 2 kali.

Selain permohonan maaf bertulis, penganjur turut memohon maaf secara lisan dengan pengumuman semula selepas podium Beregu Lelaki diadakan.

Pada Selasa, satu lagi kejadian menimpa pasangan beregu lelaki Indonesia, Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan turut mengalami perkara yang sama pada peringkat 32 terakhir Terbuka Perancis 2022.

Ketika bertemu wakil Taiwan Lee Jhe-Huei/Yang Po-Hsuan, Ahsan/Hendra telah diperkenalkan oleh tuan rumah apabila mereka memasuki gelanggang sebagai wakil beregu dari India.

Netizen di Indonesia hilang kata kata dengan kesilapan yang malang menimpa atlet mereka. Ada yang menanggap ianya seperti kesilapan bermusim yang berlaku dan terus berlaku dalam satu tempoh yang sama.

Baca yang lain