Pemain pertahanan Liga Perdana Ghana yang menjadi vigilant (menentang salah laku dengan menggunakan salah laku) telah digantung selama enam bulan.
Ini selepas dia menjaringkan dua gol sendiri yang disengajakan untuk menghentikan ‘plot mengatur perlawanan’.
Bintang Inter Allies, Hashmin Musah menjadi tajuk utama pada Julai tahun lalu selepas memasukkan bola ke gawangnya sendiri DUA KALI dengan sengaja.
Musah masuk dalam kedudukan Allies berada 5-0 di belakang Ashanti Gold, kemudian memutuskan untuk menewaskan penjaga golnya dua kali untuk menjadikan kedudukan 7-0.
Inter Allies FC has been demoted to the division two of the Ghanaian football league after being found guilty of match manipulation.
The match in question ended 7-0 in favor of AshGold with Inter Allies defender, Hashmin Musah scoring two own goals in the process. pic.twitter.com/xVcDrHC10H
— Nana Kwame Godfred (@Nana_Kwame98) May 16, 2022
Dia menjelaskan dalam temu bual selepas perlawanan bahawa dia ‘telah merosakkan’ pertaruhan permainan yang sudah diatur agar perlawanan berakhir 5-1.
Dengan menjaringkan 2 gol sendiri dengan sengaja, dia menyatakan bahawa dia puas sebab berjaya merosakkan bookie dan mereka yang menjual perlawanan.
Tindakannya malah membuatkannya diboikot oleh beberapa rakannya sendiri di dalam pasukan.
FA Ghana menyiasat dakawaan itu selepas itu. Dan keputusan siasatan mendapati bahawa memang ada cubaan mengatur perlawanan dalam perlawanan tersebut.
Namun yang peliknya FA Ghana tetap menghukum Hashmin walaupun mereka mengakui pemain itu telah mengambil tindakan tersebut untuk merosakkan bookie.
FA Ghana kemudian menjelaskan hukuman Hashmin Musah akan dikurangkan kepada enam bulan sahaja berbanding 24 bulan.
Dipetik daripada Ghana Soccer Net, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ghana FA, berbunyi: “Hashmin Musah dilarang daripada mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak untuk tempoh 24 bulan.”
“Bagaimanapun, Jawatankuasa telah mengurangkan larangan ke atasnya kerana peranan yang dimainkannya dalam membongkar perlawanan.”
“Oleh itu, sekatannya dikurangkan kepada tempoh enam bulan dan diberi amaran untuk tidak mengambil undang-undang dengan tangannya sendiri. Namun dia harus ada rasa tanggungjawab dan kewajipan untuk mendedahkan apa-apa yang berlaku kepada GFA melalui Talian Penting Integriti.”
Agak jelas gol itu bukan tak sengaja. Dia kemudian dengan beraninya mendedahkan bahawa ada pegawai dalam pasukannya yang meminta dia membantu untuk merosakkan pertaruhan itu.
“Semasa perlawanan, pegawai teknikal pasukan saya meminta bantuan agar saya merosakkan pertaruhan yang mereka [para pemain] pertaruhkan,” kata Musah kepada Kumasi FM setiap Gol.
“Selepas tamat perlawanan, mereka memuji saya kerana berani untuk merosakkan pertaruhan tersebut.”
📌Inter Allies defender Hashmin Musah was banned 24 months but reduced to 6 months due to the role he played in unravelling the match fixing.
He is warned not to take the law in his hands but has a duty to disclose any information to the GFA through Integrity Hotline. pic.twitter.com/6qaZHt8eLg
— Shaban Mohammed (@ShabanMo9) May 16, 2022
“Saya berjanji kepada jurulatih saya bahawa jika dia membenarkan saya bermain dari bangku simpanan, saya akan merosakkan pertaruhan itu. Dan selepas perlawanan, mereka mengucapkan tahniah kepada saya.”
“Saya mendengarnya di hotel kami bahawa pertaruhan telah dibuat untuk skor yang betul 5-1 menentang kelab saya Inter Allies.”
“Saya memutuskan untuk merosakkan pertaruhan itu kerana saya tidak akan pernah membenarkan pertaruhan mempengaruhi bola sepak.”
Pemain lain yang terlibat dalam perlawanan itu telah diharamkan daripada beraksi untuk seumur hidup. Seterusnya pasukan Inter Allies yang didapati bersalah dan telah diturunkan ke Divisyen Dua dan didenda, walaupun mendakwa mereka tidak terlibat dalam skandal itu.
Musah tidak lagi bermain untuk Allies dan menyertai pasukan Nigeria Union Sportive Gendarmerie Nationale tahun lepas.
Pemain berusia 25 tahun itu berharap untuk kembali beraksi menjelang akhir tahun ini.
It's a shame to Ghana football!
This two teams and their officials, should be banned from any football activity in Ghana for about 5 years!— kofi yeboah (@kofiyeboah) July 20, 2021
Tindakan FA Ghana itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju bahawa Musah harus melaporkan perkara itu kepada FA Ghana menerusi talian khas.
Namun ada juga yang mempersoalkan, jika Musah melaporkan perkara itu adakah FA Ghana benar benar menyiasatnya? Kerana tindakan Musah yang mendedahkan kepada umum telah menjadi sebab kenapa FA Ghana berlagak tegas dalam perkara itu.
Mereka malah meminta FA Ghana memberikan wang pertaruhan yang terang terang terbukti itu, diberikan kepada Hashmin.
Hashmin Musah needs to be reward, but spoiling match fixing which GFA needs clear evidence for GH¢50,000….
This guy deserve this amount, if not the GFA is a disgrace still pic.twitter.com/QR4wJc2lJ3
— Wilfred Fosu Antwi (@FosuWilfred) May 16, 2022
Mereka menganggap Hashmin sebagai wira bola sepak Ghana yang membawa dunia agar melihat sendiri situasi korupsi dan bookie di Ghana.
My hero Hashmin Musah
Banned for 24 months but reduced to 6 months for his role in bringing this to the worlds attention. pic.twitter.com/eJKNFYeabu
— Ohene-Bampoe Brenya (@obbampoegh) May 16, 2022