Pemain Ini Dihukum Kerana Keraian Tayang ‘Barang’ Milik Isterinya

Entah apa di fikiran Raul Bobadilla ketika meraikan golnya dengan menunjukkan alat sulitnya di hadapan kamera siaran langsung.

Akibatnya dia dikenakan penggantungan atas salah laku yang tidak masuk akal iaitu kerana keraian gol lucahnya.

Dalam bola sepak, memang ada peraturan membenarkan pengadil memberikan kad kuning untuk keraian gol melampau. Namun ini lebih daripada melampau sehingga penggantungan dikenakan.

Aksi kurang bertamadun itu dilakukan Bobadilla ketika pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan gol lewat untuk membantu Guarani menang 3-1 ke atas Libertad dalam aksi suku akhir Liga Perdana Paraguay.

Dia berlari dan melondehkan seluarnya sambil menunjukkan sebahagian daripada punainya tanpa segan silu, phuiii.

Pengadil ketika perlawanan tidak melihat insiden itu lebih jelas, kalau tak, bekas penyerang sensasi Borussia Monchengladbach mungkin sudah dikenakan tindakan.

Selepas tamat perlawanan, Bobadilla menyesal dengan keraiannya dan berharap isterinya tidak terasa hati dengan cara keraiannya.

Dan pada era bersepah video viral ini, Bobadilla membuat kenyataan pelik agar isterinya tak tengok klip aksi 3gp keraiannya.

Bobadilla berkata: “Menyesal betul saya dengan keraian saya tadi. Saya harap isteri saya tak tengoklah.”

Bobadilla kemudian menegaskan, kalau pun isterinya terlihat video itu di media sosial, dia berharap isterinya tak tersinggung kerana menurutnya ‘barang’ yang dia pamerkan tadi tetap milik isterinya seratus peratus.

Lawak dewasa itu jelas sekali tidak sesuai untuk sukan yang umum dan ditonton segenap lapisan masyarakat.

“Kalau dia tengok, saya harap dia tak triggered dan bertenang. Jangan risau, ‘barang’ itu tetap miliknya sepenuhnya.”

Asociacion Paraguaya de Futbol (FA Paraguayan) kemudian membuka sisatan selepas klip video tak senonoh pemain itu tular di media sosial dan dikecam hebat.

Jurucakap FA Paraguay, Raul Prono (lain macam nama dia) berkata: “Kita dah buka kertas siasatan rasmi. Dan kami tak menerima sebarang aduan rasmi daripada pengadil.”

“Kami dapat tahu benda ni dari internet, akhbar, video dihantar kepada kami dan ia membuatkan siasatan dibuka.”

“Kami dah hantar surat kepada Raul Bobadilla (berkenaan hukuman atas salah laku) dan dia ada 3 hari untuk mengemukakan rayuan.”

Dalam aksi separuh akhir Guarani disingkirkan oleh Olimpia menerusi sepakan penalti.

Baca yang lain