Pemain Ini Kecewa, Inter Miami Mahu Singkirkannya Untuk Daftarkan Messi

Pemain antarabangsa Mexico,Rodolfo Pizzaro mengesahkan sendiri laporan bahawa dia kini dipaksa keluar daripada Inter Miami.

Ini untuk memberikan ruang kepada kelab itu mendaftarkan Lionel Messi sebagai designated player.

Designated player adalah peraturan khas di MLS di mana setiap kelab dibenarkan mendaftarkan hanya 3 pemain tanpa terikat dengan peraturan siling gaji.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali Messi bersedia untuk membuka lembaran baharu dalam kerjayanya yang luar biasa.

Dia meninggalkan PSG setelah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.

Messi yang menegaskan keputusan datang ke Amerika Syarikat sudah lama dia fikirkan. Kejayaan menjulang Piala Dunia 2022, mempercepatkan lagi proses itu kerana menurut Messi bola sepaknya sudah lengkap.

Tetapi  Inter Miami mesti berpisah dengan salah seorang Designated Player mereka untuk mendaftarkan pemain hebat sepanjang zaman.

Pizarro nampaknya akan menjadi pemain tersebut yang akan disingkirkan. Sebelum kedatangan Messi, Pizzaro merupakan pemain berpendapatan tertinggi kelab pada masa ini – tetapi pemain berusia 29 tahun itu telah menyatakan kekecewaannya kerana dipaksa keluar dari kelab itu semata mata kerana Messi.

Pizarro berkata: “Saya rasa ia sukar. Saya mempunyai kontrak — saya tidak tahu bahawa saya yang akan disingkirkan. Ia agak pelik … Saya rasa ia satu-satunya liga di dunia yang melakukan perkara seperti ini.”

Pizarro memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Inter Miami. Sebenarnya Inter Miami mungkin memutuskan untuk menyingkirkannya kerana dia sangat mengecewakan dari segi prestasi sejak menyertai kelab itu.

Pemegang gaji tertinggi semasa kelab itu hanya mencipta satu assist dan tiada gol dalam 12 penampilan musim ini. Dia dipinjamkan ke kelab Liga MX Monterrey pada 2022, di mana dia juga bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik seperti diharapkan.

Namun begitu, Pizzaro tetap kecewa kerana dia masih ada kontrak lagi dengan kelab itu yang dia minta semua pihak harus menghormatinya.

Pizarro memang mengenali bos Miami yang baharu, Tata Martino kerana pernah membimbing pasukan kebangsaan Mexico.

Namun Tata Martino pastinya akan memilih Messi berbanding Pizzaro.

Kedua dua pihak sedang berbincang tentang penamatan kontrak, termasuk bayaran pampasan dan klausa lain.

Francais milik bersama David Beckham itu akan menentang Cruz Azul dalam Piala Liga pada 21 Julai.