Inter Miami melakukan apa sahaja untuk memastikan Messi gembira dan terasa seperti di ‘Barcelona’. Terbaru pemain pemain Inter Miami malah menerima dengan baik saranan kelab itu agar mereka belajar dan cuba berkomunikasi bahasa Sepanyol.
Pemain pemain Inter Miami dengan senang hati melakukannya demi Messi yang tidak begitu pandai berbahasa Inggeris. Dia menjadi nadi penting kelab itu sejak menyertai mereka.
Messi menyertai pasukan MLS dari Paris Saint-Germain pada musim panas dan tidak menoleh ke belakang sejak itu, menjaringkan 11 gol dalam 14 perlawanan dan membawa Miami memenangi piala pertama mereka, Piala Liga 2023.
Dan nampaknya rakan sepasukannya sangat menghargai sumbangannya sehingga mereka sanggup mempelajari bahasa yang sama sekali baru. Kelab benar benar berterima kasih kepada pemain pemain mereka yang tidak pandai berbahasa Sepanyol namun berusaha mendalaminya.
Lionel Messi's Inter Miami teammates learning Spanish so they can communicate with him better
Full story 👇https://t.co/8jsrMMiZsn
— talkSPORT (@talkSPORT) October 25, 2023
Demikian menurut pemain tengah Inter Miami, Edison Azcona, yang mendedahkan bahawa beberapa anggota skuad itu sedang belajar bercakap dalam bahasa ibunda pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu.
“Kadang-kadang, dia berkata, ‘Good Morning’ apabila dia masuk ke pusat latihan atau bilik persalina. Dan mereka yang berbahasa Inggeris dan tidak tahu bahasa Sepanyol sedang belajar bercakap bahasa Sepanyol.”
Azcona juga mengakui bahawa pasukan itu telah meniru ‘peraturan’ yang digunakan Lionel Messi semasa bermain untuk Barcelona, yang melarang pemain daripada mencederakan pemain berusia 36 tahun itu dalam latihan.
Perkara itu pernah didedahkan sendiri oleh bekas pemain Barca, Jean Clair Todibo. Di mana pemain pemain dilarang sama sekali melakukan bentesan kasar ke atas Messi. Pemain lain tak apa.
“Kami semua tahu bahawa dia tidak boleh cedera. Messi telah dikawal dan dilindungi dengan sangat berhati-hati dalam latihan. Saya banyak belajar daripada Messi dan saya juga beberapa kali berhadapan dengannya di latihan, tetapi saya berhati-hati untuk tidak mencederakannya.”
Perkara yang sama sedang dilakukan Inter Miami demi menjaga kaki Messi yang terlalu berharga. Namun sebenarnya, bukan Messi yang meminta layanan istimewa itu. Cuma rakan rakannya yang mahu memastikan Messi tidak cedera dan kekal bersemangat.
“Semua orang faham bahawa kami tidak akan cuba menyakiti [Messi],” tambah pemain antarabangsa Republik Dominican, Azcona. “Seseorang cuba bertahan dengan betul di latihan, tetapi mereka lebih berhati-hati ketika ada Messi. Kami tidak membenarkan dia bermain dalam permainan yang kami mainkan sesama sendiri, kami mempertahankannya, tetapi dengan berhati-hati.”
“Tiada siapa anggap perkara itu sukar pada masa ini,” tambah beliau lagi, yang menegaskan semua pemain berkorban demi Messi.
Messi kini dikatakan dalam proses untuk meraih Ballon d’Or kelapan di dalam kariernya.